Tuesday, April 9, 2013


Ceramah perdana pembangkang untuk memperkenalkan Datuk Mansor Othman sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Nibong Tebal pada pilihan raya umum ke-13 ini, hambar apabila tidak sampai 200 orang hadir.

Walaupun diadakan di tapak pasar malam Taman Nibong Tebal Jaya di sini dan dihadiri pemimpin pembangkang seperti Phee Boon Poh (DAP) dan Law Choo Kiang (PKR), orang ramai nyata kurang berminat untuk mendengar ceramah yang disampaikan.


Malah ada yang tidak pasti sama ada Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I akan bertanding di situ.

"Memang banyak poster dan kain rentang gambar dia, tapi betulkah dia akan bertanding di sini? Jarang nampak dia di sini," kata seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah kepada Bernama malam tadi.


Katanya Mansor lebih banyak meluangkan masa di kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti dan PKR juga lembab dalam menyelesaikan isu masyarakat setempat.

Dan apa yang lebih menarik, sambutan pengumuman Mansor sebagai calon diserikan lagi dengan botol-botol arak..KLIK SINI


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.