Sunday, March 24, 2013


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebaliknya akan terus bertanding sampai bila-bila walaupun jika terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran keadaan kesihatannya yang uzur.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi manakala bagi PRU-13, Pas pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.

"Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding. Walaupun saya berkerusi roda saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah.

"Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

** Tak salah kalau bagi ruang pada golongan muda yang masih kuat untuk berkhidmat..Kalau tak pegang jawatan pun boleh berkhidmat juga..ye tak??

1 comments:

Anonymous said...

Ckp je la mr nick sebnrnya u yg suruh pas pusat minta u bertanding sampai bila2,maksudnya sampai mati la tu.

Sudah2 la.duniawi semua tu.beri lah peluang kpd org lain. Mr nick ada dlm pas pun bkn makin elok tp makin teruk

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.