Thursday, March 14, 2013


Sendiri bikin....sendiri mau mau ingat.Gara-gara mulut celuparnya dakwa insiden Lahad Datu satu sandiwara UMNO,Niab Presiden PKR Tian Chua didakwa dibawah Akta Hasutan yang boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.
Dakwannya yang cetuskan kemarahan rakyat berbagai lapisan kaum seluruh negara kerana dianggap cuba perlekeh perjuangan pasukan keselamatan kita dan fitnah kerajaan tertera dalam kenyataanya di akhbar rasmi PKR,Keadilan Daily 1 Mac lalu.
Tian Chua tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta pada jam 9 pagi ditemani sekitar 15 penyokongnya.
Ahli Parlimen kawasan Batu,Kuala Lumpur itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.Beliau didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b)  Akta Hasutan 1948.
Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tak lebih 3 tahun atau keduanya.
Sejurus pertuduhan dibacakan,Tian Chua dakwa pertuduhan ini bermotif politik untuk cemar nama baiknya.
Hakim Sekeri Mamat telah tetapkan 12 April tarikh sebutan kes.
Beliau mengenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Sebelum itu peguamnya telah cuba pertikai pengunaan Akta  Hasutan gun alasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum pad 11 Jilai 2012 bahawa kerajaan akan mansuhkan akta itu.
Hakim Sekari menolaknya kerana setakat ini akta berkenaan belum dimansuhkan dan ia tetap sah dan boleh digunapakai.
Selain pertuduhan ini,Tian Chua juga berdepan dengan tindakan dari UMNO Malaysia yang pada 4 Mac kemuka tuntutan tarik balik kenyataan fitnah itu atau disaman.- AgendaDaily

4 comments:

Anonymous said...

Nampak gayanya mungkin rakyat terpaksa mengambil tindakan sendiri kalau macam ni....
Setakat denda RM5,000.00 kerana menghina perajurit kita yang gugur. Bukan sorang tapi 10 nyawa telah terkorban tapi nampaknya nyawa-nyawa yang dihina ni cuma berharga RM5000 sahaja. Kalau setakat RM5000.00 aku rasa Anwar cuma tersenyum sambil keluarkan duit denda tu dari celah bontot dia je.

Anonymous said...

Betol 3x

Anonymous said...

Penjarakan je.30 tahun ke.br la adil namanya

Anonymous said...

Selalunya dimana ada TC ada Nurul... hari ni TC sendirian...kesiannn.... kenapa ek..? :-)

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.