Thursday, March 14, 2013


Polis memburu seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih, dipercayai sedang bersembunyi.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.

“Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.

“Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN



** Tangkap..jangan tak tangkap...sumbat guru gila ni dengan Tian Chua dalam penjara..biar padan muka mereka kerana sanggup menghina anggota keselamatan negara yang sedang bergadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat yang tinggal di Malaysia...

KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI DIMANA GURU GILA SEMBUNYI..TOLONGLAH SALUR MAKLUMAT TERSEBUT PADA MANA-MANA BALAI POLIS YANG BERDEKATAN...


6 comments:

pengundi johor said...

Buang negeri ke darul kiram. Baru dia tau untungnya jadi rakyat M'sia.

Anonymous said...

Tau pun takut... Masa mengutuk tak hengat dunia.... Macam negara ni bapak dia yg punya!!

Anonymous said...

Kan kelantan tu pok nik punya tu yang dia perasan .dia tak perasan pulak dia keja gomen makan gaji bulan . Hampeh punyo cikgu ...Poie duduk sulu lah lagi baik.

Anonymous said...

ckp jer besar

Anonymous said...

guru hanjing sdg sembunyi dlm lubang taik anwar..

Anonymous said...

nnt mesti dia kata semua ni sandiwara jer, ade org hack akaun dia, dia mana ada masa buat semua tu sebab tgh belajar mengunyit dengan geng2 al-juburi

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.