Sunday, March 3, 2013



Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, di Semporna.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit. 

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

Bernama

7 comments:

Anonymous said...

NAJIB PUKIMAK MASIH SIBUK BERKEMPEN. ANGGOTA POLIS DAH 7 TERKORBAN. NAJIB MASIH TAK SEDAR AGAKNYA SEMUA MASALAH BERPUNCA DRP SIKAP UMNO YG RAKUS MAHU MENERUSKAN KUASA DGN MEMBERI IC PADA MEREKA. SEKARANG SENJATA DAH MAKAN TUAN. POLIS PULA TERUSLAH SOKONG UMNO SAMPAI ANDA SENDIRI KOJOL NANTI. PECACAI2 UMNO TERUS DIBODOHKAN DGN SESUAP NASI KANGKANG ROSMAH.

Anonymous said...

Pegi mampos same ko...anjing..kau berambos la dari malaysia..pergi duk kat bawah ketiak sultan sulu celake tu..babi kau..

Jijan Mali.... said...

Anon 6.46pm..

Hang ingat senangke pasukan keselamatan kita nak ambik tindakan melulu? Puak2 lanun sulu tu dah MENYUSUP kedalam masyarakat Sulu kat Sabah tu. Hang nak suroh askar / polis kita tembak membabi-buta ke? Cuba tarok otak hang kat kepala dan bukan kat kepala lutut...melainkan hang ni pengikut tegar Nuar Berahi juboq sial tu lah. Tahu nak baling batu, sembunyi tangan. Tapi dari komen hang yang bodoh tu, memang sahlah hang ni penyokong tegar parti bengap bawah PR tu.

Pasukan Keselamatan kita ada depa punya own SOP - Standard Operating Procedure. Masa time kominis dulu, kita ambik masa 12 tahun nak bunuh suku kerabat Chin Peng. Itupun ada tinggal sekarang ni sikit-sikit dalam DAPpigs tu.

Kalau dah rasa teror sangat, aku cadangkan hang pi voluteer kat Kampong Tandua ka, Sempornake, Lahad Datuke atau kat Kunak. Kalau hang tak geti apa2 just keep ur big mouth shut dan berdoa semoga pasukan keselamatan kita berjaya hambat semua lanun2 tu balik Sulu.

Anonymous said...

Anon 6.46... Sejahat jahat jin... Jahat lagi penulis @anon 6.46. Polis berjuang untuk negara bukan untuk parti... Semoga roh arwah polis dicucuri rahmat...amin

manik kayangan said...

sapa x kenal dgn org semporna, punya semangat juang yg tinggi,apatah. lg masjid jadi sasaran, semoga Allah melindungi kita semu.

Anonymous said...

Saudara-saudari pembaca, bolek kritik, tegur atau komen, tapi gunalah bahasa yang sopan. Kita ada ramai remaja (terutama yang sedang bersekolah) yang mungkin membaca blog ini. Tentunya kita tidak mahu mereka ini membentuk generasi yang kasar, kesat dan lucah pertuturannya dan adab budayanya.

Anonymous said...

setuju dengan anon 9.39

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.