Thursday, March 7, 2013



Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki Moon menggesa agar keganasan di Sabah segera ditamatkan dengan dialog rundingan.
“Setiausaha Agung mengikuti situasi di Sabah, Malaysia,” kata jurucakap Ban dalam kenyataan dua perenggan hari ini. “Beliau menggesa ditamatkan keganasan dan diadakan rundingan secara aman oleh semua pihak untuk menyelesaikan isu tersebut.”
Dalam kenyataan sama yang disiarkan di laman web PBB, Ban dilaporkan berkata “beliau khuatir impak situasi tersebut kepada penduduk awam, termasuk imigran di wilayah tersebut”.
“Beliau menggesa semua pihak untuk menghantar bantuan kemanusia dan bertindak dengan penuh rasa hormat berdasarkan norma dan standard hak asasi manusia antarabangsa.”

2 comments:

Anonymous said...

1. PBB mesti dapatkan fakta sebenar berkaitan
tragedi yang berlaku sebelum menggunakan istilah'keganasan dan rundingan'.
2. Kerajaan Malaysia telah 'berunding' dan memberi tempoh 3 minggu kepada pendatang asing yang lengkap bersenjata tersebut.
3. Dengan angkuh mereka mengatakan yang mereka tidak akan berundur dan pulang ke negara asal mereka.
4. Tindakan mereka seterusnya ialah mula menyerang dan menembak mati anggota keselatan kita. Tindakan yang seharusnya dilabelkan 'tindakan pengganas'
5. Terbukti puak inilah yang dilabelkan PENGGANAS DAN TIDAK MAHUKAN PERUNDINGAN' dan seterusnya menolak kedamaian dan semestinya diperangi sehingga puncanya.
6. Malaysia hanya mempertahankan kedaulatannya. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

nur faniera said...

ciss pbb pndai ckap jer, negara israel yg terang tang2 bersalah tu x plak ko pegi soal mcm2. abaikan jerrr, kita perlu menuntut bela atas kematian wira2 kita

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.