Wednesday, March 13, 2013


Keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan keselamatan Malaysia yang mendakwa “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu terbunuh dalam Ops Daulat.

Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.

“Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.

Jurucakap tersebut turut didakwa mempertikaikan angka kematian anggota kumpulan itu dengan mengatakan hanya 23 orang terbunuh setakat ini.

Sebelum ini, polis mengesahkan 56 militan Sulu telah terbunuh sejak serangan bermula pada 1 Mac.

Agensi Berita Nasional (Bernama) turut melaporkan pertempuran senjata yang terbaru antara pasukan keselamatan dan kumpulan pemberontak, dua lelaki bersenjata Sulu terbunuh, meningkatkan jumlah kematian militan Sulu kepada 56 orang.

Setakat ini, 10 rakyat Malaysia telah terbunuh, termasuk lapan anggota polis dan dua orang tentera. Seorang lagi remaja, yang identitinya masih tidak diketahui, tertembak mati semasa operasi Ops Daulat.

** ni semua taktik Sultan Kiram untuk menaikkan semangat pengganas pengganas yang masih hidup..jadi dia buat kenyataan kata Jeneral mereka masih hidup walaupun kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan salah satu mayat pengganas yang ditemui merupakan Jeneral Musa...

4 comments:

Anonymous said...

Minum kopi pulak.. kah kah kah.. Plawok2.. Jurucakap Setan Sulu Abraham Idjirani nih mabuk minum Todi kot.. Dari dia dok ckp merapu baik dia sedekah Al Fatihah kat Kwn2 dia yg dah mati.. xyah dok bercakap sgt lah.. Setan Sulu Kiram III bkn xda mulut nak bercakap.. Bagi setan sulu nih berckp sikit.. Keh keh keh..

zoRRo...

Anonymous said...

Tau ke haramjadah ni baca fatihah.klu org islam sejati bkn ikut perangai setan mcm tu

Anonymous said...

komander musa bukan minum kopi,dia minum sos tiram sruuppp sruuupppp...emmmm

Anonymous said...

minum kopi dalam syurga nik Aziz daaa..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.