Saturday, March 16, 2013



Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan maklumat daripada kerajaan Filipina berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di negara itu membiayai keluarga Jamalul Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu, bulan lepas.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang menyatakan kerajaan Filipina telah menemui beberapa bukti berhubung insiden itu.



"Saya ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina yang menjelaskan kemungkinan besar ada bukti mengaitkan peristiwa Lahad Datu adalah angkara pihak pembangkang di sana.



"Kita harap mereka akan beri maklumat yang lebih terperinci menerusi saluran diplomatik iaitu menerusi Kementerian Luar supaya kita dapat tahu keadaan sebenar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Helo Komoditi di Kompleks Sukan Pagoh di Muar hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Voltaire semasa pertemuannya bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya, Khamis lepas.



Menurut Muhyiddin, sekiranya terbukti perkara itu benar, beliau berharap kerajaan Filipina akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang di negara itu.



"Namun yang penting kita juga hendak tahu jika ia ada hubung kait dengan orang di sini (Malaysia)... itu saya tidak pasti. Tetapi jika kita sudah ada laporan itu, kita akan tahu kedudukan sebenar.



"Ini kerana kita tahu kumpulan yang menceroboh itu bukan ada keupayaan tetapi apabila mereka datang ke Malaysia, dia guna senjata moden," katanya.



Katanya, hal itu sekali gus membuktikan ada pihak yang membiayai dan mendalangi pencerobohan kumpulan dari selatan Filipina itu.



Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata, jika benar terdapat pihak di negara ini yang turut sama mendalangi kejadian pencerobohan itu, kerajaan akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.



Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin dan anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Datuk Tahir Taat.

- Bernama

11 comments:

otaistillkick said...

Aku semakin benci dengan UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Tapi benci kerana orang yang mentadbirkan umno dan macai - macai umno yang keterlaluan.

http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/03/kenapa-semakin-aku-membenci-umno.html

Anonymous said...

keterlaluan yang macamana.apa yang pemimpin umno sudah buat tolong jelaskan.

Anonymous said...

Ha! Ha! Ha!... besarnya kemaluan BN dan puak-puaknya. Nyata lagi terang, DSAI bukan dalang pencerobohan di Lahad Datu. Tulah Besar! lain kali jangan nak pandai-pandai buat fitnah tuduh orang punya angkara. Kita AKAN SOKONG BN jika semua pemimpin yang menuduh DSAI sebagai dalang tragedi ini mohon maaf secara bertulis dan dibacakan dimedia-media perdana.

Anonymous said...

Pembangkang Filipina rupanya...kah kah kah...tak pasal-pasal dapat dosa kering...tulah yang selalu melatah tu kan orang yang dah tua dan dah dekat nak kojol...

Anonymous said...

kenapa ada gambar DS Anuar kat berita pembangkang di Filipina?

Anonymous said...

Termasuk lah pembangkang di negara kita. Cuma tunggu dapat maklumat lanjut jeee

Anonymous said...

Jangan lupa video gay terbaru aljuburi...hahahahaha

Anonymous said...

Pembangkang sana dan sini..tgu je....

atas pagar said...

Aku pn mkin benci rsa nk ludah je muka ko yg mcm babi bodoh ni... So...?? Ko igt cma ko pnya benci je yg ko nk kira..?? Org lain pnya benci dgn ko pnya komen tu ko x nk kira ke..?? Haaakktuuiiihh...!! X sdar dri pnya org...

atas pagar said...

Ni sekor lg babi bengap.. tetiba je mroyan mcm org gler.. ko x skong bn pn Xde sape nk heran la bodooohh..!!

Anonymous said...

empayar fitnah dan pembohong.Nak menang PRU dulu bagi IC pd pendatang = sekarang projek IC Selangor.
Tambah lagi buat video fitnah.guna istilah MIRIP...kerna tak betul ....solek pelakun ...ambil gambar macam mirip2....semua ini perbuatan membawa kemurkaan Allah samada kepada pembuatnya, pelakonnya, pengarahnya, tenaga produksinya, penyebarnya, yang mempercayainya.. dan orang yang mengundi puak2 yang melakukannya sebagai strategi politik kotor. Allah maha mengetahui...undilah wakil yang boleh bawa kita ke jalan di redhai Allah.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.