Sunday, March 17, 2013





Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHR) merancang untuk bertemu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menekankan isu keganasan keatas warga Filipina di Sabah, lapor akhbar STARFilipina hari ini.

Laman akhbar Filipina tersebut memetik pengerusi CHR, Loretta Ann Rosales hari ini berkata penting untuk menumpukan terhadap pelanggaran hak asasi manusia keatas warga Filipina, susulan pencarian penceroboh Sulu.

“Keutamaan adalah keatas rakan Filipina kami. Kami patut lakukan sesuatu untuk bantu dan selamatkan mereka,” kata Rosales dipetik dari laman berita STAR itu.

“Malahan ia akan membawa lebih berpersefahaman antara kedua-dua kerajaan. Pejabat CHR kami dan mereka akan dapat berkongsi pengalaman dalam menangani perbezaaan isu hak asasi manusia dan pelanggaran yang dilakukan oleh kedua-dua negara,” tambah beliau tetapi tidak menyebut tarikh pertemuan tersebut.

Laporan mendakwa penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa pemburuan penceroboh Sulu menjadi perkara yang dibangkitkan Filipina serta kebimbangan peningkatan pelarian ekoran warga Filipina yang takut lari menyelamatkan diri.

Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti pelanggaran hak asasi manusia seperti dilapor media Filipina dibekalkan, serta Putrajaya juga mendakwa tuduhan tersebut sebagai “palsu”.

Rosales berkata wakil CHR akan pergi ke Timor Timur untuk berbincang isu tentang konflik Sabah dan lain-lain isu hak asasi manusia bersama dengan negara lain, termasuk Malaysia, Thailand dan India.

“Isu seperti anti-penyeludupan, hak asasi kanak-kanak, antara yang akan dibincangkan. Tetapi kita perlu pastikan ia disini bahawa kejadian di Sabah akan dilihat diperingkat kemanusiaan dan bagaimana memasukan elemen perlindungan sosial keatas mereka yang terlibat,” kata beliau.

“Ops Daulat” yang dilancarkan bertujuan mengusir penceroboh bersenjata semakin berakhir, namun ketua kumpulan penceroboh Filipina Agbimuddin Kiram masih lagi belum ditemui, pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan dia masih bersembunyi di sekitar Lahad Datu.

Rabu lepas, Presiden Filipina Benigno Aquino III dilaporkan mengarahkan pegawai rasmi kerajaannya untuk menghantar bekalan makanan dan memulakan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina ― termasuk pendatang haram yang masuk mencari pekerja ― yang mana ratusan mereka telah pulang semula republik tersebut sejak Jumaat lalu.

Media Filipina melaporkan tuduhan terhadap penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya semasa serbuan oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa mencari saki baki penceroboh serta keatas mereka yang bersimpati terhadap kumpulan Sulu tersebut yang mendarat di Lahad Datu sejak bulan lepas.

Ketika ini, ramai pemimpin Filipina mendesak pentadbiran Aquino untuk memfailkan aduan kepada Putrajaya atas tuduhan penderaan warga Filipina yang didedahkan semasa pulang ke negara tersebut sejak konflik berdarah tersebut berlaku.

Bantilan Esmail II, abang kepada “Sultan” Sulu Jamalul Kiram III, dilaporkan oleh Philippine Daily Inquirer pada Selasa lalu berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah didakwa melayan buruk warga Filipina di Sabah sejak sebelum berlaku pencerobohan itu lagi.

Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan Sulu adalah 66 orang, termasuk 56 penceroboh Sulu dan lapan pasukan polis serta seorang askar, serta seorang remaja yang tidak diketahui kewarganegaraannya.

9 comments:

Anonymous said...

Apa ke bodoh mereka ini? Siapa yang melanggar hak asasi siapa. Rakyat Malaysia ke yang pergi menceroboh Filipina dan membunuh polis dan tentera mereka?
Apa mereka mahu Malaysia biarkan sahaja pengganas mereka membuat sesuka hati mereka di Sabah. Kami tidak dayuslah! Kami pertahankan maruah dan kedaulatan negara kami!!!!

MELAYUJATI said...

Malaysia tidak melakukan perkara demikian, malah rakyat Filipinalah lah yang tidak sedar diri, masuk secara haram dah tu nak berperang dengan negara yang memberi mereka mancari rezeki. Malaysia melakukan berdasarkan undang2 antarabangsa, puak2 yang malaporkan pihak berkuasa Malaysia melayan buruk itu adalah mereka 2 yang masuk secara haram dan bersubahat dengan pengganas SULU, yang lari balik ke Filipina.

Anonymous said...

Hak asasi rakyat sabah macam mana bah?

paktam said...

Patutnya dilarang masuk ke Malaysia sebagai persona non grata

Anonymous said...

Awas...

Walaupun bukan mewakili Kerajaan Filipina, ini semua sebahagian dari dakyah yang di rancang secara halus dari pihak musuh Malaysia.

Kita tak tahu, setinggi mana atau seluas mana objektif mereka.

Kita yakin dengan kecekapan dan keupayaan Negara kita MALAYSIA.

Anonymous said...

Saya sokong kamu Anon

Anonymous said...

Benar Melayu Jati..

Empayar Pemuda said...

Doakan yang terbaik untuk Malaysia dibawah kepimpinan DS Najib

Anonymous said...

datang aje kita beperang..AGI IDUP AGI NGELABAN..nadai undur aku

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.