TERKINI : AZZIEMUDIE BERJAYA LOLOSKAN DIRI KE SELATAN FILIPINA...



Ketua pengganas Sulu yang melancarkan serangan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Azzumudie Kiram disahkan telah melarikan diri ke selatan Filipina dan meninggalkan kumpulannya bersendirian.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain ketika mengesahkan perkara itu berkata, pasukan keselamatan negara mendapat maklumat mengenai status ketua pengganas berkenaan daripada pelbagai sumber risikan.

"Azzumudie telah meninggalkan kumpulannya bersendirian dan melarikan diri ke negaranya," katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini malam ini.

Sementara itu, Ismail berkata, maklum balas yang diterima daripada pasukan keselamatan dalam Ops Daulat juga menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama kumpulannya.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan, Zulkifeli dan Ismail enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. - UTUSAN

** Inilah ketua pengganas paling celaka dan pengecut..sanggup tinggalkan pengikut-pengikutnya terkapai-kapai diburu Tentera Malaysia kerana nak selamatkan dirinya...



TERKINI : AZZIEMUDIE BERJAYA LOLOSKAN DIRI KE SELATAN FILIPINA... TERKINI : AZZIEMUDIE BERJAYA LOLOSKAN DIRI KE SELATAN FILIPINA... Reviewed by Empayar Pemuda on 11:50 PM Rating: 5

7 comments:

  1. Itu kan gaya mutu keunggulan abg non style. Mcm tak biasa plak.

    ReplyDelete
  2. Berkemungkinan tak datang pun.

    ReplyDelete
  3. Berkemungkinan tak datang pun.

    ReplyDelete
  4. fuh..apa ilmu dia pakai..invisible..keke

    ReplyDelete
  5. Puas saya talipon dia tapi masuk peti simpanan suara. Line apa pakai coverage teruk?

    ReplyDelete
  6. Alamak kengkawan,

    janganlah buat2 lupa pulak....depa tu kan ada ilmu hitam.....tak lut peluru, boleh jadi ular hitam, boleh berenang dalam air 60 min.....
    jenjangan dia dah menyamar jadi manusia sabah. risau jugak aku niiii.................

    jom kita cari dia sampai dapat !!!


    hmmmm......lawak-lawak.

    ReplyDelete
  7. Cam aku kenal je matpit ni. Tapi di mana yaaa????

    oooo kat istana kiram yang karam haritu.

    sadisssssss.....

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.