Wednesday, March 27, 2013



Kebebasan media konon..PTHUIIIIHHH...Mereka desak kerajaan supaya media bebas bersuara tapi mereka sendiri menyekat kebebasan media...cakap tak serupa bikin..semuanya sebab tak boleh nak jawab soalan PANAS..tutuh lagi pungkok orang..lama-lama hanya keadilan daily, roketkini dan harakah saja dibenarkan masuk buntuk membuat liputan...



Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur wartawan Antarapos yang mengajukan persoalan mengenai video seks yang dikaitkan kepada beliau.

Soalan itu bertumpu kepada kenyataan Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution yang mendakwa Umno akan mendalangi video seks fitnah membabitkan pemimpin selain Anwar, termasuk Nurul Izzah. 

Ditanya mengenai kenyataan Saifuddin itu, Anwar menuduh Antarapos sebagai alat Umno.

"Saya nasihatkan UMNO waktu Maghrib, awak solat dan ambil wudhuk, malu kita kepada umat Islam, kalau masyarakat Islam khususnya UMNO dan Antarapos dan mari kita solat maghrib dan mohon keampunan daripada Allah SWT," kata Anwar kepada AntaraPos.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) di ibu pejabat PKR.

Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang sebelum ini sering dicemuh oleh Anwar dilarang sama sekali daripada membuat liputan sidang akhbar itu.

Pagi tadi Saifuddin menyamakan pimpinan PKR kepada Nabi Yusuf, Mariam dan Aisyah yang difitnah dengan fitnah seks. Anwar adalah Ketua Umum PKR. 

“Kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan,” kata Saifuddin.

“Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Saifuddin bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong hujah bahawa video yang dimaksudkan adalah manipulasi imej digital. - AntaraPos

1 comments:

bong dom said...

http://tunhisyamuddin.blogspot.com/

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.