Monday, March 25, 2013

TERKINI : ANWAR KENA MAIN LAGI...


**Game plan Anwar tak jadi lagi nampaknya..hahaha...

Kerajaan tidak berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan membentangkan kertas putih bersabit insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah buat masa ini.

Sebaliknya, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tumpuan sekarang adalah bagi memastikan keselamatan masyarakat di Sabah terjamin.

"... kita kena pastikan rakyat di Sabah rasa selamat bukan sahaja di Lahad Datu dan Semporna tetapi semua kawasan.

"Kita juga hendak pastikan tiada pihak ketiga yang akan memanipulasi keadaan nak melaga-lagakan kita sesama kita," kata beliau pada sidang media selepas turut serta pada majlis Sambutan Hari Peringatan Polis ke-206 di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung cadangan penubuhan RCI dan membuka kertas putih bagi menyiasat dalang sebenar di sebalik insiden terbabit.

Jelas Hishammuddin, kedua-duanya, RCI atau kertas putih mungkin akan dilaksanakan tetapi bukan pada masa kini memandangkan soal keselamatan di Sabah perlu dititikberatkan terlebih dahulu.

"Kita boleh laksanakan kedua-duanya atau mekanisme lain. Tetapi soal utama ialah memastikan Sabah selamat, rakyat Sabah rasa selamat," ujar beliau lagi.

Tegasnya, kerajaan juga akan memastikan tidak ada pihak ketiga yang akan memanipulasi situasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

"Melaga-lagakan kita dalam konteks budaya, dalam konteks agama dan dalam konteks politik pun kerana dalam hal ini perkara yang paling penting ialah keselamatan dan kepentingan negara," ujar beliau.

Pada sidang media sama, Hishammuddin turut memberitahu, perkampungan yang terlibat dalam penempatan semula yang dicadangkan oleh kerajaan adalah membabitkan semua kawasan berisiko dan terdedah kepada penyusupan pengganas.

"Mana-mana kawasan yang kita rasakan tidak sesuai untuk memastikan keselamatan mana-mana pihak. Tidak kiralah kampung air atau kawasan-kawasan bandar pun, setinggan-setinggan yang dilihat sebagai 'hot spot area' akan kita tukar, kita pindah," jelasnya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin memberitahu lima batalion bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terbabit dalam Zon Selamat Sabah Timur atau ESSZONE.

"Tetapi saya difahamkan kita akan tambah lagi satu briged polis di peringkat polis dicampur dengan tentera khusus untuk anggota Sabah. Keduanya, polis sokongan di kawasan estet bermula dengan felda sedang difikirkan," ujar beliau.

Malah kata beliau, unit rondaan bermotor juga akan dilancarkan pada hari ini secara menyeluruh sehingga ke Kota Kinabalu dan Sandakan bagi memantau keadaan keselamatan.

1 comments:

Anonymous said...

Kerajaan Filipina minta, kita hantar je dia ke sana, habis cerita.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.