Saturday, March 9, 2013

Bukankah ini yang Anwar mahu..campur tangan pihak asing dalam menyelesaikan insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu...

Sebab tu Anwar beriya iya membuat kenyataan pada media luar mengatakan kerajaan Malaysia gagal menangani pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu..

Apa apa pun EP ingin mengucapkan tahniah pada Anwar kerana berjaya menjadi dalang atau duri dalam daging dalam insiden yang telah mengorbankan 8 nyawa anggota keselamatan negara..


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bertemu dengan wakil Malaysia ke badan dunia itu ketika belia meneruskan usahanya untuk menyelesaikan krisis di Sabah.

Satu kenyataan pada halaman Ban di PBB berkata beliau memberitahu Hussein Haniff, wakil tetap Malaysia, bahawa "usaha perlu dibuat untuk memastikan hak asasi manusia akan dihormati dan kehilangan nyawa dapat dielak" ketika pasukan keselamatan Malaysia meneruskan operasi mengusir pengikut kesultanan Sulu yang mendarat di Sabah awal bulan lepas untuk menuntut wilayah tersebut.

"Setiausaha agung mengambil maklum usaha-usaha yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dan Filipina untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap keadaan tersebut," kata kenyataan itu.

Operasi, yang telah berpusat di sekitar pekan Lahad Datu, setakat ini telah meragut nyawa 52 penceroboh dan lapan anggota polis Malaysia, walaupun kesultanan Sulu hanya mengesahkan 10 pengikutnya terbunuh, empat cedera dan 10 ditangkap. Kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu datang ke Sabah, dengan diketuai oleh putera mahkota, Azzimudie Kiram.

Pada hari Khamis, Sulu Sultan Jamalul Kiram III mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan pengikutnya di Sabah untuk mematuhi gencatan senjata unilateral.

Bagaimanapun, para pegawai Malaysia, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, menolak gencatan senjata itu dan berkata satu-satunya cara untuk menamatkan krisis ialah untuk pengikut sultan menyerah diri tanpa syarat.

Pada hari Jumaat, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Zulkifeli Mohd Zin berkata mereka percaya kumpulan Azzimudie telah bersembunyi untuk mengelak bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Sementara itu, Human Rights Watch yang berpangkalan di New York menggesa Malaysia supaya memberikan "maklumat yang jelas dan tepat" mengenai krisis tersebut

5 comments:

Anonymous said...

ANUWAR CELAKA ANAK HARAM...

Anonymous said...

ANUwar sial pengkhianat bangsa dan agama. Malaysia lebih aman tanpa ANUwar al juburi

Anonymous said...

pbb you settle the syrian crisis ,pelstin / isreal , south and north korea
Then you talk ,Now you talking shitttttt

Anonymous said...

PBB mau dok rileks sat.. Xyah ckp banyak.. apa2 pun Pengkhianat AnuWar nih mau dok melingkop masuk penjara.. Buat siyeee rah dia nih.. Jalang dia toron.. Juboq dia toron.. Tinggal nk PM (Pi Mampuih) ja.. Puihhh..

zoRRo...

Anak Lenggong said...

Aikk... pandai pulak nak bicara hak asasi manusia..tu yang israel dok serang israel tu apa..tahanan US dekat yang ditahan tanpa bicara tu apa..jangan dok menyebuk laa PBB..jalankan tugas ko dengan adil.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.