TERKINI : 2 BOT PENGGANAS SULU DIPENUHI SENJATA DITAHAN...


Unit peronda Tentera Laut Filipina awal hari ini telah memintas pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III dalam dua bot di perairan Tawi-Tawi.

Menurut laporan media Filipina www.philstar.com, jurucakap tentera laut mereka, Lt. Commander Gregory Fabic berkata, bot yang membawa 35 pengikut sultan itu di kawasan berhampiran bandar Andoligan sekitar jam 6.30 pagi tadi.

Turut dirampas daripada bot yang dinaiki mereka adalah beberapa unit senjata api dan bahan letupan.

Dalam penahanan itu, terdapat seorang wanita dalam bot berkenaan.

Fabic berkata, mereka masih menyiasat sama ada pengikut sultan Sulu itu mahu memasuki Sabah, lokasi di mana militan yang mendakwa sebagai “Tentera kesultanan Sulu” berkubu sejak sebulan lalu yang turut mengakibatkan pertempuran berdarah antara militan Filipina itu dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Sejak pertempuran antara pasukan Malaysia dan kumpulan bersenjata bermula pada 1 Mac, sejumlah 67 orang telah terbunuh, termasuk 56 militan Filipina, lapan anggota polis Malaysia, dua tentera Malaysia dan seorang remaja, yang masih belum dikenalpasti kewarganegaraannya.
TERKINI : 2 BOT PENGGANAS SULU DIPENUHI SENJATA DITAHAN... TERKINI : 2 BOT PENGGANAS SULU DIPENUHI SENJATA DITAHAN... Reviewed by Empayar Pemuda on 8:21 PM Rating: 5

1 comment:

  1. didalam sabah ini sebenarnya ada ratusan atau ribuan simpatism sulu, mereka tidak mampu bertindak kerana tidak ada senjata dan hebatnya taktik pihak PDRM siang dana malam ..

    tetapi saya yakin dan percaya , jika mereka mendapat senjata, mereka akan menyerang habis2an dan serentak diseluruh sabah !!

    jangan sampai senjata berada ditangan mereka , jika tidak maka bala dan nahas besar penduduk dan seluruh negeri ini !

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.