Tuesday, March 5, 2013



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin krisis di Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan lalu ekoran pencerobohan warga Filipina dan telah mengorbankan lapan anggota polis Malaysia setakat ini, dapat diselesaikan dalam waktu terdekat.

Sehubungan itu kata beliau, keselamatan penduduk di Sabah adalah "keutamaan kita."

"Marilah kita berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan kita dan berharap situasi ini boleh diselesaikan dengan segera," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.

Laporan Bernama malam tadi pula menyebut selepas 21 hari insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, Malaysia dan Filipina meneruskan usaha mencari jalan untuk mencapai satu resolusi damai bagi menamatkan krisis itu.

Ke arah itu, Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes hari ini menemui Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Lahad Datu.

Sehingga kini, kedua-dua pihak belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan itu. - Sinar

1 comments:

pahang ku said...

Tuan..mohon linkkan blog pahangku.com Terima Kasih

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.