Thursday, March 14, 2013



"Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang”

Begitu mendalam lirik lagu Pahlawanku yang dipopularkan Datuk Siti Nurhaliza. Jika dihayati, semangat kita untuk bersama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan negara pasti bertambah.

Sama seperti kami di sini. Hakikatnya, tugas sebagai wartawan amat terbatas. Kami berjuang dengan cara kami. Begitu juga anda semua, perjuangan kita berbeza tetapi matlamat sama. Inginkan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Kira-kira jam 5 petang kelmarin, ketika dalam kenderaan menuju ke Dewan Embara Budi, kami dikejutkan dengan berita gugurnya seorang wira, Koperal Ahmad Hurairah Ismail.

Kali ini bukan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kebetulannya, sewaktu mendapat perkhabaran sedih itu, lagu Pahlawanku diperdengarkan di corong radio tempatan.

Sebak dan tidak mampu mengungkap sebarang perkataan. Air mata bergenang. Hampir tumpah.

“Kenapa...kenapa...kenapa?” Itu sahaja yang keluar dari mulut.

Ahmad Hurairah maut diserang hendap di Kampung Sungai Nyamuk.

Tidak lama kemudian, satu lagi perkhabaran sedih diterima. Koperal Ahmad Farhan Roslan, juga dari ATM maut selepas terlibat kemalangan jalan raya Lahad Datu - Chenderawasih ketika dalam perjalanan menghantar makanan untuk perwira kita.

Kebetulan sebelum itu kami berselisih dengan sebuah ambulan dan diikuti beberapa trak polis serta tentera. Persoalan itu terjawab selepas mendapat berita gugurnya wira kedua pada hari yang sama.

Semalam, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain pada sidang medianya, begitu susah untuk mengungkapkan perkataan.

Sesekali beliau tunduk. Suaranya tersekat sewaktu mengucapkan takziah kepada keluarga wira terkorban.

“Hari ini anggota kami terkorban...,” itu ayat yang menyedihkan bagi kami di sini.

Beliau perlu tabah. Perlu tunjukkan semangat yang kuat buat pasukannya sendiri. Kami faham apa yang beliau rasakan di saat ini.

“Ya Allah...hentikanlah semua ini. Selamatkanlah wira-wira kami di medan tempur. Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani,” itu doa kami.

Sehingga hari ini, 10 wira negara gugur dalam Op Daulat dan diharapkan tiada lagi perkhabaran sedih buat kita semua.

Tidak kurang juga dengan pelbagai khabar angin yang kami dengar di sini. Antaranya militan menggunakan ilmu hitam setiap kali menangkis serangan balas daripada perwira kita.

“Ya Allah, andai benar khabar angin itu, Engkau berilah petunjuk dan hidayah-Mu kepada semua militan yang masih bersembunyi.”

Amin Ya Rabbal Alamin.

2 comments:

Anonymous said...

Pembetulan. Lagu Pahlawanku, ciptaan Allahyarham Yusuf B mula berkumandang ditahaun 60an sewaktu pencerohan Indonesia dan juga lagu patritik sewaktu era komunis malaya di semenanjung dan sarawak. Di nyanyikan oleh seorang penyanyi veteran dan pernah dinyanyi oleh Biduanita Negara Allahyarhammah Saloma. S.Nurhaliza hanya menyanyikan semula di zaman ini.

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR

Memang teramat menyedihkan. Saya sendiri tidak dapat menahan sebak setiap kali menerima perkhabaran kematian perwira2 negara kita. Paling terbaru, membuatkan saya tidak berhenti mengalirkan airmata ketika berita gugurnya wira tentera yg pertama di sg nyamuk. Usia semuda itu dan masih baru dalam ketenteraan. Namun cukup gah dan berani menghadapi lawan, biarpun memang itu tugas yg diamanahkan. Justeru JANGANlah ada sesiapa yg memperlekehkan tugas dan menganggap ringan dan tidak bernilainya pengorbananan mereka kepada Negara kita ini. Nyawa pengorbanan mereka tiada galang gantinya.

Sehingga tika saya menaip entri ini, airmata ini masih bergenang mengenangkan pemergiannyanya, apatah lagi kaum keluarganya.

AL FATIHAH untuk arwah para perwira negara. Semoga roh mereka dicucuri rahmat....

Bagi anggota keseklamatan semua, ATM/PDRM/PGA

Laillahaila anta subhanaka inni kuntum minazzolimin…... Yakinilah, kuasa Allah swt itu mengatasi segala…Kalian menjalankan tanggung jawab yang benar

Semoga keselamatan anggota2 keselamatan Msia ini sentiasa dalam lindungan Allah swt, perjuangan kalian menjaga keamanan dan kedaulatan Negara kita ini diberkati. Doa2 dengan kalimah suci Allah sentiasa mengiringi kalian ATM/PDRM/PGA/ Kuasa kalimah suci Allah mengatasi segala ilmu hitam syirik puak pengganas tersebut. Yakinilah....Semoga Allah memberikan kekuatan dan semangat juang para2 pejuang Islam sahabat Rasullullah dalam setiap diri kalian.


p/s Amalkan 10 ayat dari surah al-Baqarah, lima ayat pertama, ayat Kursi dan tiga ayat terakhir pada setiap masa. InsyaAllah…….SELAMAT BERTUGAS PARA PEJUANG/PERWIRAKU. ALLAH SWT BERSAMA KALIAN.


NurEmyinda

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.