Saturday, March 2, 2013

Tian Chua kata ini sandiwara politik UMNO untuk memenangi pilihanraya yang akan datang...

Jom kita baca apa pula kata ibu kepada anggota Komando VAT^( yang terkorban...sandiwara atau tidak..

"Tiada perkataan diucapkan, hanya tangisan yang saya dengar daripada menantu saya ketika saya menghubunginya petang tadi," kata Khatijah Ismail, ibu kepada anggota komando polis yang terkorban dalam kejadian tembakan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah semalam.

Khatijah, 64, berkata, dia menghubungi menantunya yang tinggal di Ipoh itu apabila diminta berbuat demikian oleh seorang anak saudaranya untuk mendapatkan berita lanjut mengenai kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi semalam, Insp Zulkifli Mamat, 29, adalah antara anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam kejadian tembakan yang
turut membunuh 12 penceroboh bersenjata rakyat asing itu.

Khatijah, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Ikan dekat Gong Bayor di sini, berkata beliau mendapat perkhabaran sedih itu ketika mengikuti satu program anjuran Pergerakan Wanita Umno Besut di kampungnya kira-kira pukul 4 petang.

"Ketika itu Mak Cik sedang mengikuti satu program kemasyarakatan apabila saya dipanggil oleh seorang anak saudara yang menyuruh saya menelefon isteri arwah di Perak untuk mengetahui berita lanjut," katanya.

Khatijah berkata, dia terus menghubungi isteri arwah, Noraziah Nor, 29, yang merupakan seorang guru di Ipoh, tetapi tidak mendengar sebarang suara daripadanya kecuali tangisan.

"Bila saya mendesak, dia (Noraziah) memberitahu suaminya telah terkorban dalam insiden serangan di Lahad Datu. Mak cik terkejut dan terus rebah pengsan,"
katanya.

Khatijah memberitahu bahawa anak ketiga daripada enam beradik itu menyertai perkhidmatan polis kerana amat berminat dengan kerjaya yang memakai uniform sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Zulkifli adalah graduan Universiti Malaya dan berkahwin dengan Noraziah yang berasal dari Perlis. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki berumur lima dan satu tahun dan Noraziah kini mengandung anak ketiga.

"Zulkifli seorang anak yang baik dan bersopan santun serta amat mesra dengan adik-beradik," kata Khatijah.

Khatijah berkata sebelum bertolak ke Lahad Datu Jumaat lepas, arwah menghubunginya dan meminta Khatijah mendoakan keselamatannya dan berharap ibunya tidak bimbang.- Bernama

13 comments:

Anonymous said...

Kat opis aku di salah satu Jbatan Kerajaan di Putrajaya.... ramai rakan sekerja yg menyokong PR seperti tidak bangga dan gembira apabila ATM dan PDRM berjaya menangani pengganas di Sabah. Apa yg diinginkan oleh mereka? Sudah tentu kegagalan Kerajaan menangani isu ini... Bukan soal keselamatan dan kemanan negara dan rakyat. Semua perkara nak dipolitikkan.

Anonymous said...

Ada puak PR yg berbangsa Melayu, beragama Islam dan menjawat jawatan Kerajaan menyokong kenyataan Tian Chua dalam kes mati katak. Dah hilang akal apa mereka ni semua.

Anonymous said...

Anak kecil bermain api... kemana menghilangnya Pisau Karat dan Musangka kini?

Anonymous said...

itulah..bila dah byk sgt anjing kurap pr dlm kerajaan.sepatutnya utamakan penyokong kerajaan yg layak..tp kalau tukang interview pun puak sokong pr..apa lg bleh buat

Anonymous said...

...till now. I'm not sure... it can be anything...

Anonymous said...

Semua orang PKR hanya akan mengambil kesempatan untuk mempengaruhi raayat bila Negara Tidak Aman..memang perangai babi mereka ni.Mereka pegang dasar Komunis,yang hanya dapat pengaruh bila raayat miskin,PKR akan dapat pengaruh bila negara huruhara.Satu PRINSIP POLITIKUS RAKUS.

Big boss said...

Rumah kita org pecah masuk salah la..tak payah la nk pening2...bwk senjata...sejarah 400 thn dlu nk bkk balik..kes tak salah sapa2...

Anonymous said...

Kalau tak sokong kerajaan, baik jangan kerja dengan kerajaan dan makan gaji dari kerajaan.Malu lah.Baik ko kerja dengan PR.Ni kaum tak sadar di untung....

Anonymous said...

Puak PR seronok bila negara x aman..kalau negara nie tergadai..depa semua pun akan alami terkena tempiasnya jugak..yang cepat lari tinggalkan depa adalah Anwar Ibrahim yang pentingkan diri sendiri...patutnya dalam keadaan ini semua harus sedar betapa petingnya keamanan....untuk generasi akan datang.

ci pen said...

Kat opis aku di salah satu Jbatan Kerajaan di Putrajaya.... ramai rakan sekerja yg menyokong PR seperti tidak bangga dan gembira apabila ATM dan PDRM berjaya menangani pengganas di Sabah. Apa yg diinginkan oleh mereka? Sudah tentu kegagalan Kerajaan menangani isu ini... Bukan soal keselamatan dan kemanan negara dan rakyat. Semua perkara nak dipolitikkan.

ulasan :

orang ye keje dgn kerajaan yg menyokong pakatan rakyat sila lah berhenti kerja atas dasar kesetian pada anwar ibrahim, saya ni penyokong setia umno nak keje dgn kerajaan di putrajaya khususnya, tukar ganti org2 yg tak mengenang budi tu.. pecat aje mereka semua, ramai lagi org yg setia pada kerajaan nak keje dgn kerajaan. Tapi najib walaupun tahu akan pekara ini dia tidak kejam memecat mereka2 yg tidak setia pada kerajaan yg keje dgn kerajaan. hidup umno!

gaji org kerajaan tu bukan duit umno bayar ar bahalol..duit cukai..org2 pembangkang byr cukai..duit tu jugak guna untuk urus negara dan byr gaji penjawat awam..bodoh xboleh ubah ko ni...

Anonymous said...

org2 yg sokong umno byk je keje dlm negeri pembangkang..xde kena pecat pon..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.