Friday, March 1, 2013


Dilaporkan dua pejuang negara yang terkorban ialah Insp Zul dan Sarjan Sabarudin..Al-Fatihah..Kita sama-sama doakan semoga roh mereka akan ditempatkan bersama dengan golongan syuhada' dalam usaha mereka mempertahankan keamanan negara...amin

Mat Sabu sibuk mengangkat dan mengiktiraf pejuang komunis dan mengutuk POLIS Bukit Kepong.. Anuar pula sibuk menghasut puak-puak pemberontak ni untuk menuntut hak mereka..Inilah harga harus dibayar oleh keluarga pejuang-pejuang negara yang terkorban...Bagaimanakah nasib anak dan bini mereka??





Dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. 

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. 

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata, mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. 



"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu selepas diarahkan pihak berkuasa. 

Pada jam 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. 

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. 
- BERNAMA


1 comments:

Anonymous said...

HOSPITAL KOTA KINABALU? JAUH TU BRO.. BUKAN HOSP LAHAD DATU KE?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.