Saturday, March 9, 2013



Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya  tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui perana Sultan,” katanya.

“Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kayapun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan ? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu,” tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

“Adalah tidak bertanggungjawab  untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini.”

Pemimpin MNLF itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada pagi tadi. -news.abnxcess.com

5 comments:

Anonymous said...

"...Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao...."


Ketika berita ni keluar, ramai dikalangan kita telah tertipu dengan kenyataan Misuari bahawa dia adalah ketua MNLF.

Rupa-rupanya dia hanyalah orang gila talak aje... dia telah dilucutkan dari jawatan itu. Jawatan dia sekarang hanyalah ahli biasa. Takda ahli MNLF yang nak dengar kata-kata dia lagi.

Boss MNLF yang sah juga dah buat statement yang MNLF tidak menyokong tindakan pencerobohan orang-orang Jamalul KIram ke atas Sabah.

Auta aje lebih orang tua ni..

Anonymous said...

sama je macam Nuar. Org hilang jawatan gila meroyan. x de beza sama je. Tu pasal boleh kamceng.

Anonymous said...

4000 orng..? bawak mai laa...apa nak heran....tpi bwk mai yg muda2 sikit laa....jgn bw mai hok tua2 yg dh pencen tuuu.....nnti mudah sngt nak tembakk...
Tentera Malaysia pun dah lama tk perang nii...senjata yg dok ada pun dah naik karat....cantek sngt la kalau hampa nak mai mati kt sini....

Anonymous said...

hahaha....2x5 la dgn anwar. geng yg dh kena reject.

Anonymous said...

Satu kaum la ni........ Perangai pun sama....... Nak memecahbelahkan umat Islam......... Tapi kalau nak mai perang sini, bawa mai........ Jangan pikir orang Melayu Islam Malaysia ni bodoh n nak dok diam...... mai la......... Lai......Lai.......Lai........

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.