Monday, March 25, 2013


Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin mengatakan dirinya tidak mempunyai masalah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehinggalah pemimpin PKR itu menuduhnya sebagai ketua konspirator yang menyebabkan dirinya tersingkir dari kerajaan.

Menurut Daim lagi, sebelum Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut, beliau agak rapat dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu dan pernah bertindak memberi tunjuk ajar kepadanya tentang hal ehwal pengurusan ekonomi.

“Baiklah, jawapan saya kepada Anwar — saya bukan Cassius. Saya mungkin kurus tetapi saya bukan kemaruk. Pastinya saya juga bukan Brutus,” kata Daim dalam satu wawancara bahagian kedua bersama New Straits Times yang disiarkan hari ini.

“Apabila Anwar mendakwa yang saya adalah konspirator, beliau tahu hal sebenar bahawa saya tidak memainkan peranan, apa juga peranan pun,” tambah beliau lagi.

Daim juga menafikan tuduhan Anwar beliau membawa keluar RM2 bilion wang tunai dengan pesawat.

“Tentulah saya seorang yang bodoh dan berapa banyaklah wang tunai RM2 bilion? Mungkin memerlukan beberapa buah lori untuk mengangkutnya,” tambah Daim lagi.

“Bagi penyokongnya, biarpun jika beliau memang melakukan apa yang beliau dituduh, walaupun di depan mata mereka, mereka tetap tidak akan percaya. Bagi mereka semuanya konspirasi,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

kesian,bangang punya bloger,kalau nak puji Daim pun,tunjukkanlah rekod graf antara Daim dengan Anwar,,jangan jadi bloger bengong,,,

Anonymous said...

NAMA PUN NUAR PILIH PARTI PKR..PERTI KOMPI RASI RAKYAT.SEMUA DI CAJ KONSPIRASI!!

Anonymous said...

anon 1.21 ko tahu ker anwar buat pelingkup negara ..ada blog yg tunjuk graf pencapaian anwar,najib,tun m masa jadi mentri kewangan..cuba goole jap

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.