Thursday, March 7, 2013

HOT : TIAN CHUA ENGGAN MINTA MAAF...

Tian Chua kata kematian dan kecederaan yang dialami oleh Anggota Keselamatan Negara semasa mempertahankan negara dari penceroboh hanya merupakan satu sandiwara dan konspirasi...

Dan sehingga kini Tian Chua masih tidak meminta maaf dengan kenyataan biadapnya itu...Rasa-rasanya "kalaulah" Tian Chua boleh dikenakan hukuman disebabkan kenyataan biadapnya itu...apakah hukuman yang paling sesuai wajar dikenakan??...

8 orang terkorban dan ramai anggota yang tercedera semasa mempertahankan tanah air daripada dicerobohi..Adakah mereka yang terkorban ini dianggap "MATI KATAK"??....



Inilah semangat juang yang ada pada anggota keselamatan negara..Walaupun setiap hari dikutuk, dimaki dan dihina oleh puak-puak PKR, PAS dan DAP..tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan menjaga keselamatan rakyat tetap didahulukan walaupun tercedera...

Tahniah EP ucapkan pada semua anggota keselamatan negara yang berjuang demi menjaga maruah dan kedaulatan negara...Gua respect lu orang...Tabik spring satu... :D

Walaupun cedera dalam kejadian serang hendap oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Simunul, Semporna pada Sabtu lalu, ia sama sekali tidak melunturkan semangat Inspektor Mohd Hasnal Jamil, 31, untuk terus mempertahankan negara. 


Mohd Hasnal dari Cawangan Khas Bukit Aman yang mengalami beberapa kecederaan termasuk di kaki, kepala dan lengan dalam insiden itu, berkata jiwanya tetap berada di barisan hadapan demi mempertahankan kedaulatan negara. 

INSPEKTOR Mohd Hasnal Jamil, 31, di bawa dari Hospital Tawau ke Hospital Selayang di sini, hari ini. Beliau cedera dalam kejadian serang hendap oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Simunul, Semporna pada Sabtu lalu.
"Alhamdulillah, kecederaan yang saya alami semakin pulih berbanding hari-hari sebelumnya dan ia tidak melunturkan semangat saya untuk berjuang. Saya juga tidak menghadapi fobia akibat kejadian pada malam itu," katanya kepada pemberita hari ini. 

Mohd Hasnal yang berasal dari Kedah dan sudah bertugas lebih 10 tahun dengan Polis Diraja Malaysia, berlepas ke ibu negara petang tadi untuk rawatan susulan selepas dimasukkan ke sebuah hospital di sini. 

Beliau juga berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan negara. 

Kejadian serang hendap itu mengakibatkan kematian enam anggota pasukan keselamatan dan enam penceroboh...

** EP doakan semoga Inspektor Mohd Hasnal cepat-cepat sembuh..amin

1 comments:

Anonymous said...

Hukuman? Suruh dia bayar hukuman 2 1/2 sen cukup-cukup. Tak dapat, cabut gigi dan potong lidah. Begitulah cara satu kaum Amazon menghukum anggota mereka yang pengkhianat.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.