HOT : TIAN CHUA BUAT HAL LAGI DENGAN WANITA BERUSIA 70 TAHUN..??


Pasukan keselamatan kita berjuang habis-habisan di Lahad Datu, tapi pembangkang sesuka hati bercakap tanpa memikirkan perasaan kami sebagai ahli keluarga, demikian luahan hati Barmah Saat, 70, ibu kepada salah seorang anggota keselamatan yang diarahkan bertugas di Lahad Datu, Sabah dalam Op Daulat.


Anak kedua Barmah, Korporal Azman Mohd Sharif, 46, merupakan anggota polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Bukit Beruang, Melaka dan diarah ke Lahad Datu Selasa lalu.

Menurutnya, dia benar-benar terkilan dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan menganggap pemimpin pembangkang itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan nyawa anggota pasukan keselamatan.


Pembangkang boleh cakap sesuka hati kerana bukan ahli keluarga mereka yang dihantar bertugas mempertahankan keselamatan.

Tapi saya sebagai ibu tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan resah saya setiap hari memikirkan keselamatan anak, katanya kepada Sinar Harian.

Barmah berkata, kali terakhir dia bercakap dengan anaknya Isnin lalu selepas dia menghubungi memberitahu bertugas di Lahad Datu.

Katanya, sejak itu dia hanya mengetahui perkembangan terkini Azman menerusi isterinya yang akan dihubungi setiap hari.

Saya tidak mahu mengganggu tumpuan dia kerana dia perlu bertugas di sana. Tapi saya sempat nasihatkan dia untuk menjaga diri dan sentiasa membaca ayat al-Quran.

Setiap hari saya tidak lupa mendoakan keselamatannya di sana begitu juga kepada pejuang lain dengan harapan semuanya dapat pulang dengan selamat,” katanya.

Menurutnya, selain Azman, anak kelimanya juga bertugas sebagai anggota polis yang mengikut jejak langkah arwah suaminya, Mohd Sharif Hasan, seorang Komando.

Hentilah bercakap yang bukan-bukan mengenai isu Lahad Datu ini kerana paling penting sekarang kita berdoa untuk keselamatan para pejuang di sana, katanya.
HOT : TIAN CHUA BUAT HAL LAGI DENGAN WANITA BERUSIA 70 TAHUN..?? HOT : TIAN CHUA BUAT HAL LAGI DENGAN WANITA BERUSIA 70 TAHUN..?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:49 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.