Wednesday, March 6, 2013


Sebuah blog propembangkang cuba menjawab persoalan tentang ketiadaan pemimpin dari parti itu menziarahi para anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Suara Pakatan Rakyat antara lain berkata, salah satu sebab para pemimpin terbabit tidak menziarahi mangsa-mangsa serangan hendap pengganas itu adalah kerana mahu menjaga hubungan mereka dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina.

“Untuk menjaga hubungan akrab antara pemimpin pakatan rakyat dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina, antaranya Nur Misuari sendiri memandangkan isteri Nur Misuari juga adalah antara yang menuntut hak Kesultanan Sulu ini.

“Selain itu ketiadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam upacara pengkebumian jenazah Inspektor Zulkifli Mamat di Terengganu juga atas alasan yang sama. Lagipun sudah ada ramai orang yang boleh menguruskan majlis tersebut dan kehadiran beliau tidak begitu penting sangat," kata blog ini dalam entri terbaharunya hari ini.

Blog itu turut menganggap ketidakhadiran pemimpin pembangkang memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa insiden berdarah di Lahad Datu itu bukan isu yang besar yang perlu dibincangkan.

Sebanyak lapan anggota keselamatan gugur selepas diserang hendap oleh anggota pengganas Sulu yang menceroboh negara ini di Lahad Datu dan Semporna.

Daripada jumlah itu, dua terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu manakala enam lagi di Kampung Srijaya, Semporna.

Blog itu turut mendakwa, para pemimpin pembangkang juga berkecil hati kerana ada pihak yang mengaitkan penglibatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam insiden pencerobohan tersebut selain keengganan kerajaan mengadakan perbincangan meja bulat. - UTUSAN ONLINE


11 comments:

Anaksi A. said...

ramai boleh uruskan negara...kehadiranmu dan juga rakan subahatmu juga tidak diperlukan..

Anonymous said...

Saja2 nak tanya orang pas.. Betul ke Arwah Dato Fadzil Noor, sebelum beliau meninggal dulu ada meninggalkan pesanan sulit kepada beberapa orang rapat beliau bahawasanya beliau memberitahu, sakit beliau itu ada kaitan disantau seseorang..? Betul ke..?

Abang Hensem said...

Aku menyifatkan kenyataan Datuk Seri Hadi sebagai satu kesilapan yang tidak patut berlaku. Kalau dia orang biasa/marhaen macam aku, tak apa lah cakap macam tu. Kiraya tanggungjawab aku dah lepas. Tapi anda ahli politik yang dikenali dan disegani sesetengah pihak. Anda ahli politik, takkan itu pun tak tahu?

Anonymous said...

Macam-macamlah engkau kata.... Kalau TGHA hadir dan mengimamkan sembahyang jenazah nanti kau kata nak ambik keuntungan politik pula. Bila tak datang lain pula anggapan kau orang. Apa yang silapnya kata-kata TGHA... tak kan dalam kariah tu tak ada yang pandai uruskan jenazah atau membaca talkin.

aku'hanya'aku said...

Ape salahnye, kte sesama islam menziarahi org yg da meninggal,itu tandanye kte simpati dgn keluarga mereka.bukan nak politik isu ni.cube la fikir secara rasional.. hmm..bersihkan jiwa dan hati,jgn nk negatif.alahai..taksub sgt la dgn dap.takut saham tgha turun ke..hanya utk menjaga kepentingan sndri..

aku'hanya'aku said...

Ape salahnye, kte sesama islam menziarahi org yg da meninggal,itu tandanye kte simpati dgn keluarga mereka.bukan nak politik isu ni.cube la fikir secara rasional.. hmm..bersihkan jiwa dan hati,jgn nk negatif.alahai..taksub sgt la dgn dap.takut saham tgha turun ke..hanya utk menjaga kepentingan sndri..

Anonymous said...

Kalau org kapir seangkatan jiun boleh pulak puak2 ni bagi penghormatan terakhir mengikut adat kapir...tapi pahlawan kita seagama diabaikan...oh silap,bukan ke dia ni yg mengkapirkan org seagama dia...

Anonymous said...

Mcm ni lah, org2 PAS ni memang kuat melenting pagi petang siang mlm, kalau bercakap dia saja nak menang sambil muka diorg mcm singa 3 hari x dpt mkn.So, kita iyakanlah apa hujah mereka, kelak mereka dgn muka x tahu malunya terkesima atas hujah mereka sendiri, contohnya BR1M, muka penganut PAS nilah yg mula2 beratur kan. MUKA X TAHU MALU!.

Berbalik kpd kata2 hj hadi ni, betullah apa dia ckp. kalau dia dtg pun buat menyemak je.. pemimpin negara dia kata firaun..polis yg terkorban tu entah apa pulak dia samakan.. tul x? Inilah ulamak PAS..Inilah yg Nuar Al-Juburi suka.. enggeh aje. Hj2. Bawak2 bertaubatlah, mulut kamu itu akan menyatakan kebenaran yg sebenarya di akhirat nanti. Peace Yo!

Anonymous said...

Heheheh satu alasan yg kurang bijak, tu lah pandai dok bangkang tu ini.. Last skali kasi statement bodo mcm tu. Pandai sgt la kata kan :) ini lah pemimpin tersohor pembangkang..

Anonymous said...

Ada hati nak jd Pi Em juga tuw... Kot ye pun tunjuk la sikap prihatin sbg calon Pie Em.. Ke takut perut boroi nkau tu kena dikesan oleh peliwat dan sekutunya..

tobeng said...

Sebenarnya rata2 pembangkang ni menganggap ini sandiwara kerajaan,manakala pasukan keselamatan sebagai anjing umno.Sangat tipikal.Mereka ni macam sudah dirasuk syaitan dan dikontrol pemikirannya oleh tuan2 mereka.

Sebab itu kita susah nak tengok penyokong2 mereka yang komen di dalam blog dan fb yang menyokong pasukan keselamatan.Yang ada cuma post2 mempolitikkan isu ini dan menyalahkan umno.Seolah2 hal2 keselamatan tidak ada kena mengena dengan mereka.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.