Monday, March 25, 2013

Menarik persoalan yang cuba disampaikan oleh Tun Daim mengenai Anwar...EP rasa Anwar sendiri tak mampu nak jawab persoalan itu dan terpaksa bersetuju dengan pandangan Tun Daim terhadapnya...Jom kita layan apa kata Tun Daim...



Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri. 
"Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya. 
"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri," katanya. 
"Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya. 
Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara
"Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan" katanya. 
Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.

"Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya. - Sinar Harian
Mudahkan untuk difahami mengapa kita sebagai rakyat Malaysia perlu tolak Anwar Bin Ibrahim.. 

4 comments:

Anonymous said...

.

..


...

Penasihat Ekonomi Selangor ? Ha ha ha. Lucu. No. Never.

Penasihat Sodomi ? Yes. Forever.

.

..


...

Anonymous said...

Dia jd punahsihat kat selangor yg dah sedia maju sjk bn lg.tu la klu betul2 hebat pi la bg idea nak majukan kltn dan kedah tu plk.x berani kan sbb tau mmg x blh buat.yg puak ni tahu salahkan org lain sj

Anonymous said...

Kata-kata Daim mengenai Anwar cukup memalukan,tapi apakan daya Anwar bukan orang yg tahu malu.

Anonymous said...

Masalahnya anwar ni bukannya tau malu...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.