Thursday, March 21, 2013


Bekas pengasas bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendakwa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kini dalam kepanasan ekoran isu yang melibatkan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Lum Yong berkata, beliau difahamkan keadaan itu berlaku disebabkan tekanan hebat yang dilakukan oleh para penyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terhadap Azmin

Selain itu, beliau turut mendapat maklumat awal yang Azmin akan menyalahkan UMNO dalam usahanya melepaskan diri daripada terus menerima tekanan politik di dalam PKR.

Berikut kenyataan penuh Lum Yong;

1. Kita difahamkan bahawa Azmin Ali dalam kepanasan sebab penyokong-penyokong Wan Azizah memberi tekanan hebat kepada beliau berikutan episod Fareez Kamal. Kita dapat maklumat awal bahawa Azmin akan menyalahkan UMNO untuk lepas tengkuk sendiri daripada terus menerima tekanan politik dalam PKR. Jika benar maka ia merupakan satu tindakan yang dayus.

2. Semua orang tahu siapakah yang akan untung daripada tindakan Fareez Kamal. Fareez merupakan penyokong tegar Azmin yang bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Zuraida. Azmin Ali yang menyuruh Zuraida ambil Fareez bekerja.

3. Tidak mungkin Fareez Kamal berani menulis surat kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas jika beliau tidak dijanjikan perlindungan politik daripada pihak tertentu. Dengar kata Fareez diberi jaminan bahawa beliau tidak akan dipecat daripada PKR atas tindakan memperlekehkan Wan Azizah. Tindakan Fareez adalah untuk membuktikan kepada semua ahli parti PKR bahawa Wan Azizah seorang pemimpin yang lemah dan lesu.

4. Pihak PKR sudah pasti akan menyalahkan UMNO sebab mereka terpaksa mengalihkan perhatian ramai daripada masalah pergelutan kuasa dalam parti. - Utusan


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.