Wednesday, March 20, 2013


Inilah kenyataan yang paling bodoh pernah dibuat oleh Rafizi untuk mengaitkan UMNO dalam insiden berdarah Lahad Datu yang telah mengorbankan seramai 10 anggota keselamatan negara dalam usaha mereka mempertahankan kedaulatan negara di Sabah...

Alasan bodoh yang diberikan oleh Rafizi ialah Azzimuddie Kiram atau dikenali sebagai Raja Muda Sulu pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan dan mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia...

Jika benar Azzimuddie Kiram ini pernah dilantik menjadi Pegawai Pentadbir Muda (ADO) pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan...Jadi apa kaitannya UMNO dengan pencerobohan oleh pengganas Kiram yang berlaku di Lahad Datu Sabah...

Tidak seperti Anwar..Media Filipina telah melaporkan penglibatan Anwar dan pakatan haram sejak awal lagi dalam insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu, Sabah memalui hasil risikan Kerajaan Filipina.. KLIK SINI

Yang menariknya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941..sekarang 2013...Ini bermaksud Azziemudie sekarang sudah berumur 72 tahun..Larat lagi ke Azziemudie yang dimaksudkan oleh Rafizi ni nak mengetuai kumpulannya menceroboh dan berperang di Lahad Datu..

Nampak sangat puak-puak PKR termasuk Rafizi dalam keadaan yang sangat terdesak untuk membersihkan nama Anwar apabila media Filipina mengaitkan nama Anwar sebagai dalang dalam insiden ini..


Cuba baca pendedahan bodoh yang dibuat oleh Rafizi..

PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.


"Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.


"Agbimudin telah dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR pagi tadi.


PKR turut mendakwa melalui pendedahan itu membuktikan penglibatan Azzimudie dalam insiden di Lahad Datu ada kaitan dengan Umno.


Pada lampiran itu menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.


Ketika ditanya wartawan bagaimana pihaknya yakin yang Azzimudie yang dimaksudkan adalah ketua kumpulan penceroboh berikutan faktor usianya yang lanjut.


Rafizi berkata, pihaknya percaya Azzmudie mengetuai pencerobohan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh abangnya Jamalul Kiram III sebelum ini.



3 comments:

Anonymous said...

bodoh!!klu dia rakyat malaysia tapi nak khianati negara..kita gantung sampai mati jer!!!mcm anwar bin ibrahim sipeliwat tua tu, klu sah jadi dalang..gantung sampai mati!!

Anonymous said...

Bilik Gerakan BN boleh dididirikan di dalam kawasan Sekolah Sekolah di Pulau Pinang.


Ayuh cepat pemuda umno

Anonymous said...

Tahun 1511, Si Kitol dan Datuk Manjalara juga orang penting dalam kerajaan kesultanan Melaka.

Tahun 2043 (30 tahun lagi), cucu cicit kita akan berkata, Anwar tu pernah jadi Timbalan Perdana Menteri!

Petualang ni tak semestinya seorang pengganggur atau kerani cabuk. Selagi ada nafsu, setiap orang mampu jadi petualang. Hanya Iman yg membezakan.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.