Sunday, March 31, 2013


Nurul Izzah oh Nurul Izzah...kan dah malu sekarang ni..Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata MP Lembah Pantai mendedahkan yang Nurul Izzah Anwar tidak pernah memaklumkan kepada pihaknya berhubung senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan dalam kawasan parliman terbabit.

Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini berkata tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul kepada SPR.

"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," katanya, mengulas mengenai permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi.

Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman yang difailkan itu mahu membatalkan sebanyak 4,637 nama pengundi yang didakwa meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan parlimennya.

Ia melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012.

Senarai nama berkenaan didakwanya didaftarkan dengan alamat tidak lengkap atau kawasan yang tidak wujud.

Selain itu, beliau turut mahu membatalkan 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai dan tiga nama yang telah meninggal dunia yang terkandung dalam RDPI.

Mengulas lanjut, Aziz meragui tindakan PKR yang dianggap membuat dakwaan tidak tepat tanpa merujuk pihaknya terlebih dahulu.

"Sepatutnya kalau betul mereka ikhlas mahu bersihkan daftar pemilih, datanglah ke SPR, bawa senarai daftar pemilih yang didakwa meragukan itu supaya SPR boleh semak.

'Ini tidak, mereka pergi kepada media, buat kenyataan yang tidak tepat," katanya.

Tambahnya lagi, SPR kini akan mempertahankan diri mereka di mahkamah susulan semakan kehakiman itu.

"Jika mereka membawa ke mahkamah, maka SPR akan terus mempertahankan institusi yang telah diberi tanggungjawab ini," katanya.

6 comments:

Abang Paya said...

bapak penipu,anak pembohong...tu lah sbb selalu mkn duit haram....

Abang Paya said...

kalau jadi kat aku,malu la muka ni dh x tahu nk sembunyi kat mana....teramat malu.....dan xkan aku tunjuk muka aku ni kat SPR....

Abang Paya said...

tp kalau kulit muka tu setebal kulit buaya,x pa laa....

dahlia said...

pkr dah terdesak ni....lps ni bungkuslaaaa oiii parti korang....aku x sabo nk tungggu mlm bersejarah tu bila di umumkan parti mana kalah teruk..calon2nya adalah PKR, DAP DANNNNNNNNN PASSSSS yesssssssssssssssss...ni kena raikan dng pulut kuning ngan ayam golek...hihihihi

Anonymous said...

hei budak pompuan, aku pengundi lembah pantai,aku berdaftar semasa aku menuntut di UM, aku sekarang duduk seremban, aku akan tetap mengundi di lembah pantai dan ko akan aku tolak, aku tak kenal ko siapa, tapi aku kenal bapak ko ketua penipu, masa aku student tahun 74 dulu bapak ko ajak aku demo tentang kerajaan,isue dia bawak menipu semua nya,ubi gadung lah, kerajaan bagi tanah lah, ko pun tak da lagi.ko nak kata aku pengundi hantu,, aku tengok ko lagi hantu, ugama pun ko permainkan,..aku tetap undi BN...HARAP ORG LEMBAH PANTAI TOLAK BUDAK POMPUAN NI.

liyas said...

Cepatlah tamat PRU13 ni..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.