Friday, March 29, 2013


Anggota keselamatan beragama Islam yang terbunuh dalam Operasi Daulat di Sabah kerana mempertahankan negara adalah syahid akhirat dan bukan syahid dunia, kata Mufti Kedah Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad.

Beliau berkata mempertahankan negara adalah fisabilillah yang wajib bagi umat Islam kerana ia sama seperti berjuang menegakkan agama.

Katanya anggota polis dan tentera yang terbunuh bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tidak wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

"Dalam kes ini tidak kira penyerang penganut Islam atau kafir, anggota pasukan keselamatan yang terbunuh tetap syahid akhirat," kata Mohamad Baderuddin ketika menyampaikan tazkirah pada majlis Istighazah Al-Kubra di Masjid An-Naim Markas 6 Briged Kem Lapangan Terbang di sini, hari ini.

Program anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Markas 6 Briged itu dihadiri kira-kira 1,500 orang anggota tentera, polis dan awam.

Mufti itu turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai keamanan kerana dalam suasana aman sahaja ekonomi negara berkembang menjadi mantap, negara berupaya membangun dan rakyat tidak berada dalam ketakutan.

"Golongan yang menolak perpaduan dan enggan bersatu atas nama Islam dianggap kufur dan mereka pasti menerima azab Allah SWT kelak," katanya.

1 comments:

Anonymous said...

dalam pas syahid hanya dipentas politik.. jihad semasa menjunjung tin milo.... fisabilillah semasa memanjat tiang elektrik utk pasang bendera...

itulah ajaran agama pas..... pas ajaran songsanggg

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.