Friday, March 1, 2013


Rasanya, ramai sudah mengetahui berhubung kenyataan pelawak popular, Salih Yaacob membuat keputusan bersara daripada dunia seni.

Salih juga menyerahkan nasibnya sebagai penyampai radio kepada pihak pengurusan syarikat penyiaran terbabit.


Utusan Malaysia melaporkan, Salih berkata ...

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat"

Melihat kenyataan dikeluarkan, seperti ada sesuatu tidak kena. Masakan Salih tidak mengetahui isi kandungan skrip DITUTURKANNYA dan tujuan rakaman video menggunakan hanya satu kamera itu. Tidakkah dia bertanya kepada kru produksi, di manakah rakaman terbabit akan disiarkan?

Tentunya bukan di slot drama televisyen atau panggung wayang.

Lebih membuatkan saya berasa keliru, mengapakah hanya Salih paling banyak dimaki-hamun berbanding pelakon lain?



Jika ditonton dua klip video di atas, ramai lagi pelakon terkenal Malaysia terbabit menjayakan rakaman video kini disiarkan di secara meluas di blog dan You Tube.

Antara pelakon dikenal pasti, Adlin Aman Ramlee, Raja Azura, Nabil Raja Lawak dan Harith Iskandar.

Pihak pembangkang dilaporkan berhasrat memboikot stesyen radio Sinar FM kerana Salih bertugas di stesyen itu. 

Gentarkah Sinar FM? Bilangan pengundi berdaftar pada tahun 2013, berjumlah lebih 13 juta orang dan bukan semua mereka penyokong parti pembangkang.

Jika diperhatikan sebelum ini penyanyi tersohor, Aishah, pelakon, Abby Abadi dan Hairie Othman berceramah di pentas parti pembangkang. Mereka secara terang-terangan menghentam sebilangan pemimpin kerajaan. Video klip di atas hanya memaparkan sindiran sinis, tidak menamakan parti atau mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat secara terus. Majoriti rakyat Malaysia tidak menunjukkan kebencian terlampau kepada mereka.

Hakikatnya, artis juga pengundi justeru mereka berhak menyokong parti dirasakan sesuai untuk memerintah negara. 

Menongkah arus tidak bererti mereka bersalah.

Jika bagi pandangan penyokong parti pembangkang, kenyataan pelakon di dalam klip video itu bercanggah dengan undang-undang, buat sahaja laporan polis. Manalah tahu andai tindakan mereka itu boleh disabitkan mengikut Kanun Keseksaan dan mahkamah mengarahkan klip video itu dilarang untuk disiarkan.

Jika tidak, cuba perbetulkan kenyataan didakwa 'salah' menggunakan media sosial. 

Bukan memaki-hamun tidak sudah. - Bersama Mazidul

3 comments:

Anonymous said...

Sinar FM tak best tanpa Salih Yaakob. Pehal dia orang nak boikot? Tu bob lokman, abby, Yassin pun pro pembangkang, ada orang nak boikot dia? Tak suka tutup jelah radio. Bodoh.

Kalau Sinar FM jumudkan Salih Yaacob, memang bodohlah... Tad de siapa nak dengar Sinar lagi.

Kami mau abang Jem. Habis cerita!

Anonymous said...

ape lak nak boikot2 ni...dah nama pun pelawak...dia wat lawak..yg sakit ati tu nape lak? sendiri tanggung la kalu dah makan cili..go ahead SY..lu mmg terbaik..Sinar FM jgn kecut..takdak SY nnt ramai org tukar chnl lain..

Anonymous said...

hidup abg jem....ada deeek

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.