Tuesday, March 19, 2013


Perlu saya nyatakan bahawa majoriti rakyat Malaysia menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani pencerobohan di Sabah.

Hanya segelintir yang kurang waras akan sependapat dengan Tian Chua atau menyokong pendapatnya. Oleh yang demikian, bangsa Malaysia jangan pedulikan mereka yang 'kurang siuman' ini.

Kasihan saya kepada penyokong parti yang mempunyai Naib Presiden sebegini. Lebih kasihan saya kepada rakyat Malaysia yang menyokong parti yang mempunyai pemimpin yang sebegini. Akan luluh hati kalau majoriti rakyat Malaysia memilih parti yang mempunyai pemimpin yang seumpama ini untuk memerintah.

Sedih, marah dan kasihan saya kepada sebahagian rakyat Malaysia yang tidak boleh berfikir dengan waras masa depan mereka.

Mungkin Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) adalah cara rakyat Malaysia diuji pemahaman politik mereka. Mungkin juga PRU-12 adalah cara Yang Maha Esa mahu memberitahu rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya apa yang akan mereka hadapi sekiranya mereka memilih manusia-manusia yang kurang waras dan radikal untuk memimpin.

Sejarah memberi banyak petunjuk kesan menjadikan manusia yang kurang waras dan radikal sebagai pemimpin. Dahulu kala, mahupun terkini. Kesannya sama. Malangnya rakyat Malaysia tidak mahu belajar sejarah. Malah ada yang mahu tukar sejarah.

Apa pun, sejarah akan mencatatkan bahawa Tian Chua adalah Naib Presiden PKR yang mendakwa anggota ATM dan PDRM yang tewas menentang penceroboh sebagai 'mati katak'.

Pengkaji sejarah juga akan mentertawakan PKR selama-lamanya kerana mempunyai Naib Presiden yang kurang waras bernama Tian Chua.

Kamaruzaman Ujang 
Shah Alam

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.