Monday, March 4, 2013


Sebentar tadi portal Suara Pakatan Rakyat telah mendedahkan bahawa Tian Chua telah membatalkan sidang media esok, sebaliknya menyerahkan semua bukti-bukti tersebut kepada blogger pro Pakatan Rakyat tertentu untuk disebarkan..

Sebelum ini portal tersebut menerima maklumat dari ibu pejabat PKR di Tropicana bahawa Tian Chua, akan mengadakan sidang akhbar Selasa ini bagi menunjukkan bukti yang menyokong dakwaannya sebelum ini bahawa insiden di Lahad Datu sekarang adalah sandiwara UMNO semata-mata tetapi terpaksa dibatalkan diatas sebab-sebab tertentu..

Sejak insiden ini bermula 3 minggu lepas, Anwar Ibrahim, R Sivarasa dan Tian Chua sendiri adalah nama yang sering disebut-sebut sebagai orang yang menjadi dalang kepada kejadian ini berikutan tersebarnya gambar Anwar dan pemimpin MNLF, Nur Misuari.

Nur Misuari seperti yang umum tahu adalah sekutu rapat kepada Kesultanan Sulu dan telah mengeluarkan amaran akan menggerakkan tenterannya di kawasan sempadan dengan Sabah untuk memasuki Lahad Datu sekiranya pasukan Tentera Diraja Sulu yang bertahan di Kampung Tandao, diserang pasukan keselamatan negara kita.

Daripada 3 nama itu, Anwar paling teruk menerima kesan berikutan tindakan agensi berita antarabangsa Reuters, mendedahkan sumber, kononnya dari perisikan Filipina yang mengaitkan beliau dengan insiden tersebut. 

EP difahamkan Anwar tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media-media asing tersebut sebaliknya menyalahkan Utusan dan TV3 kerana melaporkan berita yang disiarkan oleh media asing itu..

Berbalik kepada kenyataan Tian Chua yang kurang ajar, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan undang-undang akan dibuat terhadap Tian Chua selepas diarahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Tindakan undang-undang itu diambil ekoran kenyataan yang dibuat Tian Chua adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej UMNO.

EP harap pihak Kerajaan akan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka-mereka ini yang sanggup mengadai keselamatan negara dan nyawa rakyat hanya kerana kuasa politik...

































0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.