Friday, March 1, 2013



Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya bertindak tegas dengan menjalankan siasatan serta-merta terhadap isu kesilapan pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Disember lalu.

Pada sidang medianya hari ini, Tunku Aziz menjelaskan bahawa perkara tersebut telah menimbulkan keraguan samada kedudukan ahli 20 ahli CEC yang dilantik  parti itu sama ada sah ataupun tidak.

Justeru beliau menyifatkan penggantungan keputusan tersebut sehingga siasatan selesai merupakan jalan terbaik memandangkan pelantikan tersebut dibuat sebelum mereka menyedari tentang kewujudan kesilapan pengiraan tersebut.

Tunku Aziz seterusnya menegaskan sekiranya pimpinan parti tersebut benar-benar telus dan berintigriti, mereka seharusnya secara sukarela meletakkan jawatan dan pemilihan semula parti perlu dilakukan.

"Kita perlukan kepastian sama ada pemilihan yang dilakukan ahli CEC sebelum ini sah atau tidak?

"Jika parti dan ahli parti itu telus dan berintegriti, mereka harus meletakkan jawatan secara sukarela dan melakukan pemilihan semula," katanya.

Menegaskan ia melibatkan kepentingan awam, justeru beliau berharap agar siasatan yang dijalankan ROS tidak sekadar menjurus kepada perjalanan pemilihan parti tersebut semata-mata tetapi juga kesannya berdasarkan perundangan sedia-ada.

Ini kerana keraguan yang timbul berdasarkan kesilapan tersebut melibatkan kepimpinan tertinggi DAP termasuk Pengerusi dan Setiausaha Agungnya.

“Kita mengharapkan ROS akan mengambil langkah-langkah segera untuk melihat bukan sahaja ke dalam perjalanan pemilihan tetapi juga implikasinya dari segi perundangan memandangkan ia (kesilapan pengiraan secara tidak langsung) membabitkan jawatan penting parti yang dilantik CEC yang bertemu dalam keadaan yang telah menimbulkan persoalan undang-undang yang serius.

“Ini adalah satu kepentingan awam yang besar,” tegasnya yang meninggalkan DAP sekitar Mei tahun lalu.

Gesaannya terhadap ROS itu dilihat bakal memberikan kesan terhadap persediaan DAP di dalam menhgadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Sekiranya ROS mengambil keputusan untuk menggantung parti tersebut, ia memberikan risiko kemungkinan DAP tidak akan dapat menyertai PRU13 nanti.

DAP pada pemilihannya Disember lalu mendakwa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dan telah meminda keputusan awal yang menyaksikan Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, menduduki kedudukan 20, yang membolehkannya dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Pusat DAP.

Ekoran dari itu, 15 Januari tahun ini menyaksikan dua ahli DAP menghantar surat aduan kepada ROS mendakwa berlaku manipulasi dalam pilihan raya parti dan meminta siasatan dilakukan.

Selain itu, DAP turut diasak oleh pelbagai pihak termasuk dari akar umbi supaya melakukan pemilihan semula, yang mana kesemua desakan tersebut tidak diendahkan mereka. - ANTARAPOS

1 comments:

Mohd Kamal Harun said...

Ini sudah kira baik beb!! Ini semua memang kerja ALLAH s.w.t yang hendak menunjukkan parti dan pemimpin2 keparat DAP ini yang selama ini begitu ego serta angkuh kononnya hanya mereka saja yang betul dan 'untouchable' akhirnya telah termasuk perangkap sendiri. ROS sepatutnya memang perlu bertindak tegas tak kira sekiranya perlu menggantung parti keparat ini maka lakukan!! Ini adalah membabitkan kepentingan umum bukan ahli dan pemimpin DAP saja! Dan kalau dah ditakdirkan hanya kerana ini maka DAP terlepas daripada turut serta dalam PRU-13 gara-gara digantung oleh ROS maka semua pihak harus akur dan terima kenyataan ini kerana segala-galanya adalah dicetuskan oleh para bijak pandai pemimpin DAP sendiri yang mengatur dan mencorakkan situasi ini agar mengikuti pola dan corak tekak mereka sendiri. ALLAH MAHA KUASA! ALLAH MAHA BESAR! DAP boleh kecundang oleh tangan mereka sendiri!! ALHAMDULLILAH!!!!!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.