Friday, March 22, 2013


Dua kain rentang yang memaparkan imej dua lelaki sedang bercium muncul di sebuah kawasan kediaman di Johor Bahru bagi menyambut kehadiran Anwar esok..

Kedua-dua kain rentang itu dikatakan telah digantung di Taman Megah Ria pagi semalam.Anwar yang dijadualkan melawat Johor Baru esok bagi mengumumkan calon PKR untuk kerusi Parlimen Johor Bahru.

Walaupun tiada seorang pun dinamakan pada kain rentang itu, tetapi ia memaparkan tulisan dalam bahawa Melayu"Selamat Datang Anugerah Tuhan & Selamat Datang Huguan Siou", yang membayangkan ia merujuk kepada Anwar.

Semasa lawatannya ke Sabah bulan lepas, Anwar "dianugerahkan" gelaran Huguan Siouoleh sekumpulan penyokong. Huguan Siouadalah gelaran bagi pemimpin agung masyarakat Kadazandusun dan Anwar kemudiannya menafikan beliau sebenarnya dianugerahkan gelaran sedemikian.

Ketua pembangkang itu telah dirujuk sebagai 'anugerah tuhan' oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR, semasa konvensyen nasional parti itu pada tahun 2010.


1 comments:

Xpas said...

' ...,Dan barangsiapa yg melanggar hukum hukum Allah (swt), mk mrk itulah org org yg zalim.' Al Baqarah 229.
' Dan jgnlah kamu cenderung kpd org org yg zalim, mk kelak kamu disentuh api Neraka dan tiadalah bagi kamu selain Allah (swt) seorg pelindung pun, dan tidaklah kamu akan ditolong'. Hud 113.
Muslim Johor, belajar agama sampai darjah khas, bermazhab tauhid Al Ashari'ah dan Maturidiah, mazhab fekah As Syafei'ah, should know what they should do, stay away !

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.