Tuesday, March 19, 2013

Ini betul-betul..ini bukan cobaan atau sandiwara seperti yang dinyatakan oleh Tian Chua..Kalau tak percaya..tanya abang Effendy kita ni mengenai pengalamannya semasa bertempur dengan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah..

Ini cerita betul tau...bukan sandiwara...


“Ketika cedera ditembak, dalam fikiran saya tetap mahu menumpaskan seramai mungkin musuh yang menceroboh negara kita,” kata Lans Koperal Efendy Rosle, 26, anggota PGA Miri yang cedera dalam pertempuran dengan pengganas di Kampung Tanjung Batu, Lahat Datu, Sabah, baru-baru ini.

Efendy yang berasal dari Sabah berkata, peluru yang menembusi kaki kirinya menyebabkan dia tersungkur rebah, namun dia tetap berusaha mengangkat senjata dan melepaskan tembakan ke arah musuh dalam pertempuran antara jam 8 malam hingga awal pagi, 8 Mac lalu.

Menurutnya, ketika terkena tembakan semangatnya makin membara untuk terus berjuang dan bertekad mahu bertempur sehingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan negara.

“Selepas rebah, saya tetap bangkit dan melepaskan beberapa tembakan ke arah musuh. Dalam fikiran saya hanya mahu menumpaskan seramai mungkin musuh yang menceroboh negara kita."

....Terima kasih kepada semua anggota keselamatan negara...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.