Monday, March 11, 2013


Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mendakwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah merupakan permulaan untuk mengucar-kacirkan negara, yang cuba dicetuskan pihak tertentu demi kepentingan tertentu.

Sehubungan itu kata beliau, perkembangan terbaru ini akan memberi impak kepada politik, ekonomi, sosial dan aspek keselamatan jika pihak berkuasa tidak menangani dengan segera dan leka.

Beliau juga berkata, perkembangan di Sabah itu memberi gambaran akan ada perkara lebih besar, yang cuba digerakkan oleh pihak tertentu untuk menggugat negara, seakan peristiwa Al-Maunah lebih satu dekad lalu.

"Ini adalah permulaan untuk mengucar-kacirkan negara dan memberi impak kepada ekonomi, politik, sosial dan sudah semestinya keamanan negara.

"Dari segi politiknya, mesti ada orang belakang di sebalik penceroboh ini, kita tengok mereka memang tidak mampu untuk bergerak sendiri, Sultan Kiram yang didakwanya juga mengakui miskin... jadi bagaimana mampu mereka bergerak sendiri," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk Dalang Pengganas Lahad Datu Ancaman Keselamatan Negara, di sini malam tadi.

Difahamkan, kemungkinan dalang tersebut adalah kuasa ketiga yang ingin merampas negara atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu.

Sebelum ini, beberapa pihak mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan insiden tersebut.

Sehubungan itu, kemungkinan dalangnya juga mungkin berada dalam negara demi kepentingan politik.

** EP harap Kerajaan Malaysia dapat menyiasat secepat mungkin siapa dalang yang mengarahkan SUARAM untuk membiayai AS$2 juta (RM6 juta) kepada kumpulan penceroboh dari Sulu bagi menceroboh Sabah.

1 comments:

Anonymous said...

Pd pendapat saya, taktik menghuru harakan Sabah adalah kerana Sabah telah dicanangkan sebagai 'fix deposit'. Jika Sabah huru hara maka pilihan raya akan ditangguhkan dan andai kata mereka menguasai parlimen atau menafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen di semenanjung, maka selepas itu mudah untuk menguasai Sabah jika pilihanraya diadakan kembali. Sebab itu penceroboh beberapa kali membatalkan pencerobohan mereka kerana strategi PM merahsiakan tarikh PRU13. Tiada pilihan lain, pencerobohan kali terpaksa dilakukan kerana PRU13 pasti antara bulan April-Jun.
Inilah yg diajar oleh yahudi untuk yg gila kuasa.
Sekadar pendapat.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.