HOT : BANYAK LAGI MAYAT DITANAM DI KAMPUNG TANDUO..


Lebih banyak mayat pengganas Sulu mungkin ditanam di Kampung Tanduo berbanding hanya sembilan yang dijumpai sebelum ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, beliau mendapat maklumat terbaru bahawa kira-kira 15 mayat ditanam di lubang kubur tersebut.

"Kami percaya terdapat lebih banyak mayat ditanam di dalam lubang kubur yang sama dan kubur lain yang berdekatan.

"Pasukan keselamatan akan kembali semula ke sana untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Selasa.

Kira-kira sembilan mayat dijumpai dalam satu lubung kubur oleh pasukan keselamatan ketika Op Daulat dilancarkan pada 6 Mac lalu.

Hamza turut mengesahkan bahawa mayat Haji Musa, jeneral kumpulan pengganas Sulu yang diketuai oleh Azzimudie Kiram ditemui di Kampung Tanjung Batu.

"Satu lagi mayat turut dijumpai dari Kampung Tanjung Batu pada Selasa menjadi jumlah mayat yang ditemui kepada 23 orang," katanya.


HOT : BANYAK LAGI MAYAT DITANAM DI KAMPUNG TANDUO.. HOT : BANYAK LAGI MAYAT DITANAM DI KAMPUNG TANDUO.. Reviewed by Empayar Pemuda on 6:41 PM Rating: 5

7 comments:

  1. Ini layak dipanggil bangkai penganas bukan mayat
    Saya harap kerajaan akan hantar semua bangkai ni balik ke Filipina kita tak mau sanak saudara bangkai2 ini datang atas alasan nak ziarah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. OFF TOPIC…..

    KEMPEN BANTAHAN PERKUBURAN PENGGANAS SULU DI BUMI MALAYSIA.

    Wahai Rakyat Malaysia !! Marilah ramai2 membuat bantahan kepada pihak kerajaan Malaysia supaya jenazah pengganas Sulu tidak dikebumikan di bumi Malaysia.

    Kita ramai2 hantar nota bantahan kepada DS Najib, DS Zahid Hamidi. DS Hishamuddin Hussein, ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan juga kepada Ketua Editor Utusan Malaysa, Berita Harian dan BERNAMA serta RTM, TV3, Astro dan dll media.

    Hantar juga kepada Majlis Raja2 Melayu serta para blogger2 sekalian. Begitu juga panggil TV3 dan RTM supaya menyiar bantahan rakyat Malaysia terhadap perkuburan pengganas Sulu.

    Hantar nota bantahan melalui email, fax, telephone, by hand , facebook, twitter, sms serta apa saja mesj bantahan.

    Teruskan perjuangan kita menentang Pengganas Sulu.
    Kita desak Kerajaan Malaysia supaya hantar jenazah pengganas Sulu ke Filipina.

    Note: empayar pemuda !!! Aku minta tolong ko agar dapat hebahkan kepada semua kawan2 blogger ko…TK

    Anti Sulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org Islam tak menghina mayat. Org gila je yg suka main mayat ni. Dah mati hukumnya kebumikan tak kira org kafir sekali pun.
      Chai anwar ke ni?

      Delete
  3. setuju anon 7:32, kebumi dlm laut..spt jnzh osama

    ReplyDelete
  4. Bg je auk auk dan grohhh grohhh mkn je bangkai tu

    ReplyDelete
  5. mmg chai anwar ler... esok kalau Malaysia tak tanam... die buat isu utk burukkan kerajaan kata tak hormat ngan org Sulu.... undi tu bro..undi...

    ReplyDelete
  6. bangkai2 tue eloklah diproses utk dijadikan baja tanaman kelapa sawit..!

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.