Monday, March 4, 2013



Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut laporan media asing yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli politik pembangkang di Sabah berhubung dakwaan mempunyai kaitan dengan penceroboh bersenjata di negeri berkenaan.
Sambil menegaskan beliau tidak perlu berbuat demikian kerana tidak terbabit dengan isu tersebut, Anwar bagaimanapun memberitahu bahawa perkara berkaitan dakwaan itu sedang diuruskan peguamnya.
Ketika diberitahu bahawa media di Filipina menerusi laporan mereka mengaitkannya dengan insiden itu, Anwar bagaimanapun berkata: "Terdapat banyak media di Filipina. Mana satu yang anda maksudkan?"
Anwar berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas bagi mengulas menangani pencerobohan bersenjata di Sabah.
Sementara itu apabila diberitahu bahawa dakwaan mengenainya disiarkan akhbar harian terkenal Filipina, Philippines Daily Inquirer, Anwar berkata beliau sudah membaca laporan berkenaan namun menyatakan bahawa namanya tidak disebut sebagai pihak yang dikaitkan.
"Jika anda bangkitkan isu pencerobohan ini lagi, saya akan dakwa anda," katanya kepada seorang wartawan portal berita yang mengajukan soalan berkenaan.
Menerusi laporan Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara 'faktor luaran' yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.
Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer,, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai 'faktor luaran' di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.
Malah baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.
Selain itu Anwar turut menyalahkan Umno yang didakwa cuba memutar belit berita berkenaan sambil menyatakan bahawa beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Philippines Daily Inquirer,.

4 comments:

Anonymous said...

Tak tahu siapa salah siapa benar... tengok TV3 Anwar salah... tengok blog Utusan salah lapor. Tunggulah keputusan mahkamah. Jangan lupa sediakan dokumen lengkap untuk mensabitkan Anwar. Jika tidak... tanggunglah akibatnya bila terlalu menfitnah orang. Fitnah lebih besar dosanya dari membunuh.

Anonymous said...

Tengok muka pun mcm hantu,masih lagi tak percaya?

Anonymous said...

Same2lah kite berdoa supaya dalang yg terlibat dilaknat oleh Allah SWT ye..amin..

Anonymous said...

Btl tu..drp memfitnah baik bunuh saje anwar laknatullah ni kan..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.