Sunday, March 24, 2013


Hahaha...agak-agakla Hadi Awang kalau nak spin pun..Kejap kata AMANAT...kejap lagi kata KIASAN..yang mana satu betul ni..Amanat dengan kiasan pun tak reti nak beza ke??

Kalau Hadi Awang nak tahu..ini adalah AMANAT..alaa yang kafir mengkafir sesama orang Islam tu sehingga berlakunya perpecahan dalam umat Islam di Malaysia..Ingat tak Amanat songsang tu??



Dan apa yang Tun M cakap tu hanyalah kiasan..Faham tak?? Kalau tak faham nak ulang balik..



Hadi Awang kata :-
Amanat Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu bahawa 'lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ adalah satu sindiran tajam supaya rakyat tidak lagi menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Demikian kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menurutnya, walaupun ada yang berhujah bahawa perkataan ‘devil’ dan ‘angel’ dalam ungkapan asal Tun Mahathir, ia adalah satu metafora atau kiasan semata.
“Tetapi ia tidak menafikan hakikat bahawa Tun Mahathir sendiri telah membuat dua cabang kelas bahawa Umno-BN berada di pihak yang ‘buruk dan rosak’ manakala Pakatan Rakyat (PR) berada di pihak yang ‘baik’,” katanya. 
Ye ke Tun M maksudkan macam tu?? Macam lain je bunyinya...



Merujuk pada kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi Awang VS Tun M..Bukan ke dalam Islam menyatakan lebih baik kita berusaha merujuk kepada mereka ataupun orang yang terhampir dengan mereka. Sebagaimana apa yang dikatakan oleh Allah di dalam Al Quran..
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولً
Ertinya: “Dan janganlah kamu berpendirian dengan apa yang kamu tidak mempunyai ilmu tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, kesemuanya akan diminta pertanggungjawaban.” (surah Al-Israa’, 17: 36)

Hadi Awang dah tanya ke pada Tun M, apa maksud sebenar kiasan “better the devil you know than the angel you don’t” sebelum Hadi Awang nak buat kenyataan ini??


Setahu EP apa yang Tun M maksudkan ialah istilah syaitan yang digunakan oleh Tun M itu boleh diterjemahkan sebagai manusia. Manusia jahat yang kita kenal dan kita tahu dia jahat, kita tahu apa tindakan yang sewajarnya kita ambil. Berbeza dengan manusia yang tampil dengan perwatakan baik tetapi di dalamnya jahat adalah lebih bahaya kepada kita..


Last-last Hadi Awang yang keluar Amanat yang baru..
Presiden Pas meminta kepada rakan taulan dalam Umno-BN agar tinggalkan Umno dan BN bersama syaitan yang dikenali atau tidak dikenali dan menjadikan Pas sebagai ganti Umno serta Pakatan Rakyat ganti BN.


Menurutnya, disebabkan juga pendekatan berbeza, maka Pas bertahaluf dengan bukan Islam dan masyarakat majmuk bersama prinsip dan konsep Islam yang teguh.

“Umno pula berwala’ dengan bukan Islam dan bukan Melayu dengan prinsip dan konsep nasionalisme yang rapuh sehingga menghilangkan jati diri bersama syaitan yang dikenali dan tidak dikenali. Fahamilah secara ilmu dan ikhlas jangan menolak secara jahil murakkab,” katanya.

**Sudah-sudahla menggunakan Islam untuk menipu rakyat..












0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.