Sunday, March 3, 2013


Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. 

Beliau berkata, dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam. 

Beliau bagaimanapun, tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' 
di sini pagi ini. 

Hamza berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan 
Sulu dari Filipina. 

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata, mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara. 

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

STOP ALL NEGOTIATIONS AND LET FOCUS ON ACTIONS. Saya selaku pemerhati, merasakan bahawa usaha KDN dalam membenteras pencerobohan asing adalah tidak sama seperti menangani masalah PATI dengan penyelesaian pemutihan 6P. Masa lanjutan diberikan beberapa kali demi memastikan proses pemutihan PATI dapat disempurnakan.

Saya juga faham, langkah kerajaan yang bersikap sederhana terutama dalam soal keselamatan Negara, dengan memberi lebih ruang meja rundingan adalah baik, namun bila kita telah melepas tahap dan tempoh waktu yang diberikan, kita seharusnya bertindak pantas, cekap dan menakutkan musuh. Element Blitzkrit yang digunakan tentera NAZI German sewaktu Melanggar Poland dan negara-negara Scandinavian sangat berkesan memberikan elemen kejutan kepada musuh. Dimanakah aset-aset polis dan tentera yang kita laburkan berbilion ringgit. Sewajarnya ai digunakan demi memendekan usaha menamatkan konflik dan dalam masa yang sama memeberi amaran kepada anasir-anasir pencerobohan lainnya untuk tidak sewenang-wenangnya mempermainkan soal keselamatan negara. Saya selaku rakyat yang cintakan keamanan mahu ianya kekal sejahtera hingga akhirnya, namun bila keselamatan negara sewajarnya kita berpegang kepada BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA. Kepada Pejuang yang gugur (Syahid, InsyaALLAH) moga ALLAH mengampun dosa saudara dan merahmati ahli keluarga yang tinggal. Kami amat berterima kasih kerana mempertaruhkan nyawa demi kedamaian dan kesejahteraan rakyat dan negara. Saya menitiskan air mata bila mengenangkan Arwah Datuk saya seorang polis zaman sebelum merdeka yang terkorban ditangan Penganas Komunis. Kerana perjuangan beliau dan anggota keselamatan lainya kita dapat menikmati erti Kemerdekaan dan kebebasan hari ini.

Anonymous said...

biarkan polis dan tentera membuat kerja mereka. kejadian ini bulan latihan dan perang paintball. dan juga bukan video game. tindakan mereka mencerminkan pertahanan dan keselamatan negara yang berada dalam jagaan polis dan tentera.

bukan lambat atau berunding. ini semua adalah taktikal. hanya pemimpin tentera dan polis sahaja yang tahu. kita hanya tahu taktikal tindakan jangka pendek yang mungkin telah diketahui oleh musuh. dan mereka telah bersedia untuk itu. maka kita perlu bersabar dan memberi sokongan kepada pasukan keselamatan kita agar mereka semua selamat.

Anonymous said...

Setakat ini, 7 anggota kita dah terkorban. Buletin Tengahari TV3 td cakap ATM dah mengaku pihak penceroboh guna taktik perang gerila.

Mereka guna sniper dan letak anggota mereka berselerak... mengingatkan saya pada zaman komunis dulu.

Saya harap, pemimpin ATM dan PDRM yang pernah berkhidmat zaman komunis dulu boleh sumbang pengalaman.

Mungkin Mat Sabu -si pencinta komunis tu juga boleh tolong?

Inilah waktu kita BERSATU!

Anonymous said...

Eh..jgn nk prlekehkn kedaulatn negara.negara kita mlysia adalh trmaju d ASIA kni&slamanya d ats sokongn yng rkyat sumbangkn.

Anonymous said...

Peace!sndkn perlu dpantau untk memstikn ianya dlm suasana muhibbah.insyaallh.amin.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.