Monday, March 25, 2013



Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

10 comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah, Allah naikkan martabat hambanya yang sanggup mengaku kesalahannya dan memohon maaf walau pun pahit.

iluvmesia said...

adoiii...kesian kat mat zainon ni...nak bunuh mahadeath, tp nak salah kan amanat hadi pulak...Hj Hadi suruh/arah/paksa engcoe ker???? engcow yg jahil & bodoh nak salah kan orang...jgn jd munafik lah...Mahadeath bg IC kat pendatang asing/ filipina tu engcow tak rasa nak bg penampar ker kat dia...aku rasa2 engcow lebih rela mencium kaki mahadeath demi dunia ini...AKHIRAT KEMUDIAN KIRA!!!!hu3

malangsia said...

Penyokong2 UMNO/BN woiiii....mulia sangat ker mahadeath tu....memerintah malaysia berpuluh2 tahun...apa yg dia & keluarganya dapt & kumpul...berbillion2 RM...kita rakyat dapat apa? ptpn,berpuluh2 jenis cukai ,AES,tol,hutang keliling pinggang...anak nak belajar pun kena berhutang...baguslah sangat mahadeath& UMNO/BN memerintah malaysia ni...bukan salah mahadeath/BN pun...lg pun malaysia ni kaya dgn minyak, balak dll biarlah pemimpin2 UMNO/BN yg merasa semua kekayaan tu...

Anonymous said...

Pakhang lah malangsia..stetmen buduh hang tu je yg hang tau...

Anonymous said...

oiii marahnya depa kat mahathir pasai malaysia banyak minyak n balak nak senang nak harap org bagi usaha x mau pastu marah kat orang

Anonymous said...

Untuk pengkomen Pembangang yang tak sedar diri di atas, aku nak bagitau kau satu saja, dulu masa Tok Det mula nak buat kereta dan lebuhraya semua ahli pembangang tak setuju dan kata projek tak berfaedah, usahkan nak buat kereta, jarum pun tak terbuat, tapi hari ni golongan seperti merekalah yang telan ludah kahak lendir sendiri yang tak tahu malu,, kalau dia nak senang sendiri, tak payah buat itu semua pun dia boleh senang macam beberapa bekas menteri kewangan yang kaya raya, rumah berjuta RM tapi pelingkop ekonomi negara. Mungkin engkau tak nampak tapi ramai rakyat nampak dan hasil jasa pemikiran mereka melahirkan ramai golongan menengah, memajukan pendidikan sehingga menubuhkan banyak universiti, membuka peluang perusahaan dan perniagaan sehingga melahirkan banyak usahawan, membangunkan prsarana negara sehinggga rakyat mudah berhubung, buat cyberjaya untuk teknologi maklumat dan banyak lagi yang lain.. Tapi malangnya apabila sudah berjaya dan sudah dapat berdikari bukan suka menolong bangsa dan negara sendiri tetapi bersekongkol dengan pembangang yang kita lihat seolah-olah negara ini tidak dikasihi dan title pembangkang membuta tuli seolah-olah kerajaan tidak pernah mambuat kebaikan sedikit pun. Kalau selama 55 tahun kerajaan memerintah mereka berkroni sedikit itu biasa lah untuk orang Melayu juga tapi kenapa pembangang berkroni untuk bangsa lain walaupun memerintah baru 5 tahun kita nak pejamkan mata.... Kami sukakan TOK DET kerana dia membuka mata DUNIA kepada Malaysia bukan macam pemimpin lain yang hanya pandai bercakap menabur fitnah, menuduh kerajaan zalim, kroni dan bermacam-macam sedangkan mereka tidak menyumbang apa jasa untuk kecemerlangan negara, memporak perandakan keanmanan adaaa....

Anonymous said...

pencacai pembangkang x payah buat lawak lah antara jasa Tun M dengan jasa pemimpin2 pembangkang jauh beza dan jauh kualitinya...

Anonymous said...

Iluvmesia
Aku plak rasa cam nak bagi penampq sedass kat hang ni. Cakap tak guna otak. Awat masa Tun memerintah hang mati tak makan? Confirmlah tak kan? Sebab kalau ko dah mati kebuloq takde la sekarang ni meracau cam orang sasau.
Ko ni dulu sekolah ke tak? Cakap cam oranf takde akai...
Podah.. Buduh

Anonymous said...

Kurang ajar nyer penyokong pembangkang. . Bunyi mcm org TAK ADA OTAK... ISH ISH KESIANNN MANUSIA MCM DIA ORG NI KAN????

Anonymous said...

Bg aku no akaun ko..aku nk bg sumbangan ikhlas..sian ko idup susah kt negara sendiri..ko cacat ke? Daftarlah dgn persatuan oku..kerajaan bg mcm2 bantuan..sian ko..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.