Friday, March 22, 2013

Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu ini berlaku, rakyat sering diwar-warkan dengan pelbagai cerita karut-marut, termasuk kononnya anggota pasukan keselamatan kita yang sedang berkhidmat di Lahad Datu sering diganggu hantu pengganas sulu.


Malah ada laporan mengatakan ATM dan PDRM telah mewujudkan satu unit khas psikologi, khusus untuk merawat anggota mereka yang sering didatangi bayangan tentera diraja Sulu yang terbunuh sebelum ini.

Kebetulan, dari sejumlah besar jenazah anggota tentera penceroboh Sulu yang terkorban setakat ini, kurang separuh sahaja yang berjaya dikeluarkan. Bakinya, sudah terlalu reput untuk dibawa keluar dan jenazah mereka dikebumikan begitu sahaja ditempat dimana mereka ditemui.

Maka timbul lah cerita2 kononnya faktor inilah agaknya yang menyebabkan gangguan-gangguan ‘hantu’ ini berlaku di kalangan anggotan pasukan keselamatan negara kita. Dengan majoriti daripada anggota tentera yang bertugas di sana adalah terdiri dari orang Melayu, maka tidak hairanlah kenapa cerita karut marut ini semua timbul.

Perkara ini penting untuk diketengahkan kerana kelihatannya rakyat kita terlalu percayakan dengan propaganda pihak2 tertentu dengan merekacipta benda tahyul seperti itu.

Kalau korang nak tahu, tiada istilah takut bagi kami dalam komando .... termasuklah kalau pun hantu Kak Limah balek kerumah .... kerana kami sebenarnya lebih dasyat dari hantu ....

SUMBER - VAT69 Perjuangan Selamanya

** Gambar sekadar hiasan..

7 comments:

Anonymous said...

Ha ha ha....... cute statement. Well done and take care VAT69 and to all police and army.

Terima kasih dari saya orang Malaysia...

Ahmad Shukri Mokhtar said...

thet got all the connections with all the hantu...
hahhahahaha.

Anonymous said...

.
..
...
Whatever it is..just avoid Hantu Kote Bengkok yang bermaharaja-lela di Tivolli Villa, Bangsar, Hotel Grand Season, Segambut dll...

Ramai dah kena sampuk...tak kira Lelaki ke wanita atau separuh lelaki.

Bahaya. Bomoh Pawang Nalla tahu asal usul Hantu Kote Bengkok ni...


.

..

...

anjing said...

penulis mungkin tali barut pengganas yang cuba menimbulkan keresahan, ketakutan pihak yang menjalankan tugas serta keluarga mereka....inilah yang dikatakan perang saikologi..awas manusia seperti ini......gunting daam lipatan...anai-anai dalam rumah.....setahu saya tidak wujud unit khas psikologi seperti didakwa......ini bukan pengalaman pertama PDRM/ATM berperang, tapi bagi penulis atau pembaca lain mungkin ini pengalaman pertama....
XVAT69

Anonymous said...

Gua takungan hantu kote bengkok sb hantu ni wujud dalam diri manusia yang hidup.

Anonymous said...

btol2..antu kat hotel lg bahaya..blh nyamar
kejap kat segambut, kejap kat hotel..siap blh speaking "i" "u" lagik, mcm citer P Ramlee
huihhh~~~serammmmmm

Anonymous said...

Kami tidak takut pada hantu sulu sebab hantu suluhanya keluar diwaktu malam saja .....Sebaliknya hantu suluk itu yang takut dengan kami sebab kami lebih hantu dari hantu suluk .....kami berada siang dam malam ....hantu pun slute kat kami ....
Kami berlindung dengan allah dari ganguan syaitan dan makhluk halus ...sesunguhnya makhluk mahkluk tersebut juga makhluk ciptaan allah.ALLAHUKABAR!!!!!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.