Friday, March 15, 2013


Maklumat diperolehi daripada 'orang kuat' PKR dan PAS telah mengesahkan bahawa 4 orang bekas Jeneral yang kini bertungkus lumus mengadakan sesi ceramah......rupa-rupanya telah dijanjikan oleh Anwar bahawa mereka akan dicalonkan untuk bertanding di kawasan Parlimen. 

Tindakan untuk menempatkan calon 'payung terjun' ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Ketua Cabang PKR dan PAS. Bertambah rumit dan celarulah senarai calon PKR dan PAS.

Difahamkan 4 nama calon (2 daripada PKR dan 2 daripada PAS) yang telah disenaraikan sebelum ini telah dimansuhkan melalui kuasa veto bagi membolehkan 4 bekas Jeneral bertanding sempena PRU 13 kelak. 

Nampaknya strategi dan "jarum" 4 bekas Jeneral tersebut telah dapat mempengaruhi pucuk pimpinan kedua-dua parti berkenaan. Penulis mengucapkan Syabas kepada bekas Jeneral tersebut kerana telah berjaya mengenepikan bakal calon yang telah tersenarai sebelum ini. 

Apa yang difahamkan oleh 'orang kuat' mereka bahawa Datuk Ghafir akan bertanding di kawasan P.149 Sri Gading, Hj Imran di P.74 Lumut, Datuk Abd Hadi Khatab di P.77 Tanjong Malim manakala Datuk Najmie di P.13 Sik...


Calon 'payung terjun' Pakatan Haram dari kalangan bekas Jeneral ini telah memberi banyak kelebihan kepada BN manakala Pakatan Haram mengalami 4 kerusi defisit.

Pengundi akar umbi Pakatan Haram di 4 kawasan Parlimen tersebut telah mula mempamerkan petunjuk kuat untuk "memboikot" dengan bakal mengambil tindakan untuk tidak keluar mengundi, ada yang akan menunjukkan undi protes dan tidak kurang yang akan beralih sokongan...

Mana mungkin ahli dan pengikut Pakatan Haram dapat menerima 4 bekas Jeneral ini kerana mereka tahu akan keburukan dan kemungkaran bekas Jeneral semasa dalam perkhidmatan ATM. 

Mereka juga tahu bahawa bekas Jeneral adalah golongan kecewa dan tidak amanah.......sebagai contoh, Ghafir terlibat sepenuhnya dalam perolehan aset Tentera Darat dan telah puas di'tumbuk rusuk' dengan pelbagai habuan lumayan oleh pembekal. 

Manakala Hj Imran pula terlibat dalam kes penyelewengan logistik TLDM, Abd Hadi yang terburuk kerana terlibat dalam penjualan enjin jet sementara Najmie terlibat dalam skandal - hubungan sulit dengan isteri Pegawai ATM.

Penulis yakin bahawa 4 bekas Jeneral tersebut akan kalah kepada calon BN malah mereka juga akan kehilangan wang deposit PRU 13. Marilah sama-sama kita "talkin"kan 4 bekas Jeneral tersebut bagi menghukum mereka akibat dosa yang telah mereka lakukan semasa dalam perkhidmatan ATM. 

Satu undi kepada bekas Jeneral ibarat merestui tindakan terkutuk yang bertentangan dengan akidah Islam...

NavyTheBest

9 comments:

manjung said...

aku pun tak sabar nak talkinkan si imran tu kat Lumut...

pakatan rakyat said...

Tok sah berangan la....kalau dah dasar pemfitnah...puak2 umnoporno ni semua kau nak fitnah .....anjing kalau dah biasa makan taik...kasi apa2 pun taik gak yang dia suka....dasar ANJING

Anonymous said...

Mcm mn hg tau anjing mkn taik?hg pun sama spesis tu jgk ka? Kih kih kih

Anonymous said...

Semasa berkhidmat aku memang kenal semua General2 ni melainkan Abd Hadi .. klu ikut tarikh dia ditauliahkan dia junior aku 6 bulan ...semasa dlm ATM mereka ni langsung tak ada knowledge politik ...kesemuanya dia org ni kecewa dlsepanjang dalam ATM kerana hal masing ... Gafir kecewa sbb tak naik 4 Bintang dia mesrasakan di layak...Najmie dia mantan Pengarah Kor Agama yg tidak di lantik menjadi menteri Di JPM berbanding pengarah terdahulu dan junor beliau Jamil Khair yg TLDM dan TUDM aku tak komen sbb aku TD

Anonymous said...

pas pis pus. hahahaha. take beer ajelah. jeneral hampas.tak usah dok mimpi nak menanglah. huhuhu

Anonymous said...

Jeneral askar nampak penipuan umno dalam membeli aset pertahanan negara.....mana umno nak lari

Anonymous said...

yg menipu jeneral bkn UMNO..ambo tau ambo team yg buat uji nilai,mmg jeneral kimak xdgr ape yg team uji nilai cadang,yg dia tahu dia dpt duit bila beli brg..mampus mu jeneral..

Anonymous said...

Dah padan la tu, penyangak berkawan dengan penyangak

Anonymous said...

kalau kita cakap semua salah anwar diorang marah.tapi kalau diorang cakap salah umno boleh pulak. Dasar munafiq dgn fasiq mmg x boleh lari daripada pembangkang.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.