Saturday, March 9, 2013


Satu laporan polis telah dibuat oleh PERKEP (Persatuan Isteri Isteri Polis) terhadap Chua Tian Chang (Tian Chua) berhubung kenyataannya yang mengatakan kematian dua orang anggota polis VAT69 di Lahad Datu tempoh hari merupakan satu SANDIWARA politik...


Seramai 360 isteri isteri Polis telah berkumpul dan mengadakan perhimpunan aman di hadapan IPD Timur Laut, Jalan Petani bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Tian Chua yang disifatkan keji, hina dan tidak mempunyai semangat kenegaraan..

Antara tuntutan yang dibuat oleh PERKEP ialah mendesak Tian Chua untuk meminta maaf secara terbuka terhadap wira wira negara yang selama ini mengadai nyawa mereka untuk nenjaga keamanan negara..

Insiden yang berlaku di Lahad Datu bukanlah satu gurauan dan ianya harus dipandang serius oleh semua rakyat Malaysia..


PERKEP juga mencabar Tian Chua bersama kuncu kuncunya (kalaulah anak jantan) untuk pergi ke Lahad Datu bersama sama anggota keselamatan negara untuk mempertahankan negara..





 EP harap tindakan akan diambil terhadap Tian Chua diatas kenyataannya yang dikategorikan sebagai kurang dan biadap supaya ianya dapat dijadikan pengajaran pada pihak lain yang ingin mempolitikkan isu keselamatan negara...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.