Saturday, March 9, 2013


Dalam kes Saiful ni pula macam mana...Anak kata kena liwat dan bapa pula kata semuanya konspirasi..Yang mana satu betul dan EP rasa perkara Saiful dan bapanya tidak dapat diselesaikan di Mahkamah...Sebabnya bapa Saiful ni bukan saksi pun..

Jika benar ianya merupakan konspirasi sudah pasti bapa Saiful sudah menyerahkan bukti-bukti yang boleh menguatkan tuduhannya pada puak-puak Anwar...Tapi..ini tidak...Datang cuma sehelai sepinggang..Lepas tu dedah kata ini semua konspirasi UMNO..Boleh ke macam tu...??

Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah adalah perbuatan wajib, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
Bercakap pada sidang media di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, beliau berkata seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka. .
“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam. Merujuk kepada kebenaran lebih baik dari meneruskan kebatilan,” katanya selaku panelis forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.
Semalam Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, Dr Haron sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.
“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.
“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” katanya merujuk kemenangan Anwar dalam kes Fitnah II di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9  Januari lalu.

9 comments:

Anonymous said...

SAPE HARUN DIN
WALI TEROPAH SERUPA NIK AZIZ
UMAT PAS PELACUR
KAUM PELACUR AGAMA

MASALAH AGAMA DALAM PAS PUN TAK DAPAT SELESAI
LAGAK ALIM ULAMAK TUNJUK PANDAI

SEMUA INI HARAMJADAH
KAUM PELIWAT LAKNAT







Anonymous said...

Sumpah saiful tak bernilai..

Anonymous said...

Sumpah laknat saiful adalah urusan dia dgn ALLAH SWT jadi kita berserah saje kepada yg Maha Kuasa..xperlu nk kecoh..

Anonymous said...

Itulah.... sikit-sikit nak sumpah laknat, kan semuanya kantoi. Orang yang galak sangat dengan sumpah sekadar nak memperkukuhkan pengakuan terhadap lawan. Tanpa pengakuan bapa Saiful ni pun mahkamah dah putuskan DSAI bebas, apa nak komen lagi. Pegawai pendakwa kes tersebut juga dah keluar menyertai PR. Ini bermakna semua tuduhan terhadap DSAI adalah karut semata-mata. Betullah kata Nabi S.A.W diakhir zaman amat sukar menegakkan kebenaran kerana sangat sedikitnya manusia yang betul-betul berpegang kepada Syariat Islam walaupun umat Islam sangat besar bilangannya.

Anonymous said...

ye ker pendakwaraya tu sertai pr? bukan dia hanya mewakili anwar sebagai peguam sahaja? tolong kasi fakta. aku dah ketinggalan bas. menyertai dan mewakili sebagai loyar tu berbeza. harap dapat tolong ,saya memang dah lost ni

Anonymous said...

Father Harun,

kau juga akan disoal di depan Allah SWT nanti di Padang Mahsyar, malah mungkin juga kau akan dihisab terlebih dahulu dari penyembah berhala...

Anonymous said...

aku 1000x lg pcaya sumpah saipul dr orgtua yg ngaku ularmak pas ni.. ulamak konon.. piiraaah mabuk.. dlm isu kalimah ALLAH pn kau dh trang2 fail...!!! ulamak politik...haaakk..tuuuiiihh...!!!

Hijau Muda said...

Aku dah hilang hurmat orang macam Harun Din ni. Apa saja yang di rasai oleh hatinya menyebelahi kumpulannya cepat sahaja mengeluarkan hukum.

Apa yang tidak menyebelahi kumpulannya ada saja dolak daliknya.

Apa jenis manusiani. Sudah sah lagi nyata bapa Azlan tu kaki judi. Sudah bertaubat ka orang macam ni. Sudah bersihkah dia dari perangai lama.

Judi ni macam-macam jenis jangan buat2 tak tau pulak.

Kenapa buat sidang akhbar panggil media mereka sahaja.

Kenapa? takut. Wartawan amat berminat untuk tanya banyak soalan. Takut, nanti terbelit lidah bila jawab. Silap2 Johari Bedul pun kena bedal.

Harun Din, aku dah hilang hurmat dengan kau.

Anonymous said...

sokong Hijau Muda....betul tu.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.