Friday, February 8, 2013


Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) seluruh negara semalam menerima arahan untuk bersiap-sedia dengan set generator tambahan pada 13 Mac depan.

Arahan itu dikeluarkan oleh ibu pejabat TNB yang berpusat di Kuala Lumpur.

Menurut sumber, arahan seumpama itu selalunya untuk perkara yang amat penting sahaja.

“Kalau dulu masa pilihan raya kami diarahkan untuk bersiap-sedia dengan set generator tambahan seperti sekarang,” kata sumber itu.

Jika tarikh yang dikatakan itu benar, maka kemungkinan besar pembubaran Parlimen akan dibuat hanya beberapa hari selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Mengikut ramalan, Parlimen dijangka akan dibubarkan pada atau sebelum 21 Mac kerana pada tarikh itu Dewan Undangan Negeri Johor akan terbubar secara otomatik kerana cukup penggal lima tahun.

**Betul ke 13 Mac?? 13.3.13??

1 comments:

Anonymous said...

Lekas la sikit Pilihanraya nih..xsabaq aku nak balik mengundi.. Kali nih Pakatan Haram nnt tau la.. Ini kali ja PR.. Bye2..

zoRRo...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.