TAHNIAH DATUK SERI AZIZAN...



EP rasa Presiden PAS Hadi Awang telah melakukan satu keputusan yang tepat apabila mengesahkan parti itu akan tetap mencalonkan Menteri Besar Kedah Azizan Razak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini.
Hadi berkata nama Azizan terdapat dalam senarai calon yang bakal bertanding dan tiada sebarang isu berbangkit mengenai calon yang akan menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai desakan 11 Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah semalam yang dipercayai sepakat mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.
Hadi berkata PAS menganggap tentangan anggota-anggota PAS Kedah terhadap Azizan itu sebagai masalah kecil.
"Kita menganggap itu 'berita pilihan raya', biasalah...tapi kita akan selesaikan semua masalah dan yakin serta percaya rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Treler Negara Berkebajikan PAS di hadapan Pejabat Agung PAS Pusat di sini, Khamis.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai adanya masalah dalaman PAS Kedah.
"Saya tak terima apa-apa laporan pun setakat ini. Media saja yang lapor. Tiada sebarang isu ada bahagian PAS yang tak sokong Azizan terus pimpin Kedah.
"Setakat ini PAS juga amat berpuas hati dengan prestasi Azizan sebagai Menteri Besar," katanya.

TAHNIAH DATUK SERI AZIZAN... TAHNIAH DATUK SERI AZIZAN... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:20 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.