Thursday, February 28, 2013


Perbuatan Presiden PAS Hadi Awang yang menyamakan bantuan kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat dengan pemberian Firaun sangat tidak wajar bagi seorang yang bergelar ulama.

Hadi Awang harus sedar yang BN ni tidak pernah memaksa rakyat menyokongnya  apabila memberi bantuan walaupun telah melaksanakan pelbagai program kesejahteraan rakyat.

EP tengok pelaksanaan program BR1M ni adalah berdasarkan keihklasan kerajaan BN untuk berkongsi kekayaan negara dengan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah...Bukan ke ini yang dimahukan oleh pakatan haram...Sebuah kerajaan yang dapat membantu rakyatnya..

Jom kita tengok apa kata Prof Madya dari UKM ni tentang kenyataan bodoh Hadi Awang...

“Firaun itu kaya, angkuh, sombong, tidak boleh dibanding dengan kerajaan sedia ada. Kita juga tidak mengamalkan pemerintahan autokrasi seperti Firaun yang dia sahaja berkuasa dan pembolot,” kata Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali. Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata berbeza dengan amalan Firaun ketika memerintah Mesir, Malaysia mengamalkan demokrasi yang memberi hak kepada rakyat memilih kerajaan menerusi pilihan raya.

Beliau juga berpandangan kenyataan Abdul Hadi itu membawa agenda tersirat mahu ‘memaksa’ rakyat, terutama yang beragama Islam, agar menolak kerajaan BN kerana Firaun disebut dalam al-Quran bukan sahaja pemerintah yang zalim tetapi juga memaksa rakyat mengaku dirinya tuhan serta mendabik dada hanya dia mampu memberi nikmat kepada rakyat Mesir.

Ditanya adakah kenyataan Hadi itu seolah-olah membawa maksud “kalau rakyat tidak undi BN, rakyat akan dizalimi atau tertindas seperti zaman Firaun?”, Mohd Fuad berkata apabila BN telah disetarakan dengan Firaun, apa sahaja yang diumum, dirancang, atau diagih kerajaan pasti dianggap sebagai pemerintahan ala Firaun.

Abdul Hadi ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam, Ahad lepas, menyifatkan pemberian BR1M sama seperti yang dilakukan Firaun. 

Beliau turut dilapor berkata al-Quran menyebut kisah Firaun yang membodohkan rakyat dengan mengaku hanya dia mampu memberi nikmat kepada rakyat serta menggunakan kekayaannya yang dianugerah Allah untuk menyesatkan rakyat Mesir.

Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata rakyat Malaysia adalah golongan berfikir dan bukan bodoh seperti yang cuba digambarkan pemimpin PAS.

Beliau juga berkata sebagai ulama atau orang yang arif ilmu agama, Abdul Hadi sepatutnya lebih rasional dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan.

**Bukan ke perangai Firaun tu sama dengan dengan perangai Guan Eng apabila memerintah negeri Pulau Pinang..sombong dan angkuh..Tindas orang Melayu...Kalau tak percaya cuba tanya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang...



3 comments:

Talhah said...

Jika Firaun yang di rujuk di sini ialah Firauan zaman Nabi Musa a.s rasanya DR Mohd Fuad terkhilaf sikit. Dan Hadi terkhilaf banyak.

Dan ada kedua-duanya terkhilat atas premis yang tak betul.

Pertamanya untuk Dr Fuad Firaun zaman Nabi Musa a.s bukan pemerintahan autocracy sejati tetapi lebih kepada theocracy. Perbezaan ini membawa kesan yang besar kepada tafsiran kekejaman dan kezaliman kepada figura Firaun ini. Jika Firaun bertaraf Tuhan tafsiran KEJAM dan ZALIM kepada rakyat terbatal. Bermakna pada rakyat Mesir ketika itu yang menganggap FIRAUN itu TUHAN maka apa yang beliau lakukan tidaklah kejam tetapi RAHMAT. ( macam kita orang Islam jika di timpa musibah kita tidak kata ALLAh kejam tetapi itu ialah rahmat Allah juga.)

Keduanya Firaun zaman Nabi Musa a.s hanya zalim kepada BANI Israel. Bani Isarel bukanlah taraf rakyat. Bani Israel ialah taraf pendatang dan hamba. Secara umumnya pada rakyat mesir di bawah pemerintahan Firaun zaman Nabi Musa a.s Firaun ialah pemerintah yang baik dan bagus. Negara makmur dan maju sampai dia jadi sombong dan angkuh.

Kesimpulan rasanya kedua-duanya terkhilaf kerana membincangkan atas premis yang tidak betul.

Tetapi dalam hal ini Haji Hadi kena telitilah sikit sebab Haji Hadi di war-war sebagai ulama'. Bukan apa takut jatuh taraf golongan ulama' di mata golangan umum atas pernyataan yang kurang teliti.



Anonymous said...

Yang pasti Hadi a/l Awang ni cakap ikut sedap mulut dan penuh dengan hasad dengki dengan pemberian BR1M. Pemimpin Pas yg tak der otak lansung, senang2 lacurkan kalimah Allah.

Anonymous said...

Kalau kerajaan itu Firaun...Hj Hadi ingat dia boleh ckp sesuka hati dia ke....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.