HOT : SHILA AMZAH DIJUMPAI DI PULAU PINANG...


Di sebalik kontroversi yang melanda penyanyi popular, Shila Amzah, anak penyanyi ND Lala itu sah akan mengadakan persembahan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di sini, esok.

Shila akan berkongsi pentas bersama penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Pengesahan itu dibuat pengurusnya kepada pengerusi penganjur, Oh Tong Keong.
Tong Keong yang juga Ketua Pemuda BN berkata, Shila akan mempersembahkan lima hingga enam lagu pada majlis berkenaan.

“Apabila membaca laporan akhbar berkenaan kontroversi yang melanda penyanyi itu sehingga membuatkan dia (Shila) menghilangkan diri selama enam hari, pihak kami menerima banyak panggilan yang bertanya tentang kehadirannya pada majlis rumah terbuka esok.

“Bagaimanapun, apabila saya menghubungi pengurusnya tadi, beliau memaklumkan Shila akan hadir dan membuat persembahan khas untuk pengunjung khasnya rakyat negeri Pulau Pinang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Majlis berkenaan akan turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan hadir.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan sendiri status kehadirannya ke program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih awal. – SINAR HARIAN

**NANTIKAN LIVE UPDATE DARI EP...
HOT : SHILA AMZAH DIJUMPAI DI PULAU PINANG... HOT : SHILA AMZAH DIJUMPAI DI PULAU PINANG... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:24 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.