Friday, February 15, 2013


Kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan berniat jahat apabila cuba menghalang pembangunan projek rumah kos rendah di negeri ini dengan meletakkan pelbagai syarat tidak munasabah bagi pembinaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berkata, pembangunan projek Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya tidak terkecuali apabila kerajaan negeri meletakkan syarat keterlaluan kepada JKP Sdn. Bhd. (JKP) yang mahu membangunkan 703 unit bangunan bercampur di atas tanah seluas 5.26 hektar yang dibeli sendiri JKP daripada pihak swasta.

“Lebih RM12 juta telah dibelanjakan bagi tujuan pembelian tanah dan pembayaran pampasan, tetapi akhirnya kerajaan negeri meletakkan syarat mahu laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan 400 unit rumah kos rendah didirikan.

"EIA biasanya untuk projek berkeluasan lebih daripada 20.23 hektar. Projek ini luasnya 5.26 hektar pun diminta EIA, sudahlah mereka sendiri tidak membina rumah kos rendah, bila orang hendak buat diletakkan pula pelbagai syarat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini hari ini...


3 comments:

Anonymous said...

Rumah Kos Rendah selalunya di kaitkan dgn Org Melayu.. Kerana rumah ini yg mampu dibeli jika hendak dibandingkan dgn rumah2 teres.. Bila sesuatu yg melibatkan Org Melayu.. Faham2 ja lah.. LGE mahu org Melayu pulau Pinang merempat gamaknya..

Ini kali lah PR.. Bye2..

zoRRo...

Anonymous said...

Jgn marah kat LGE. Nik Aziz syg sgt kat apek ni. Nik Aziz kan org Siam

adi jaggat said...

Salam perjuangan, mohon jasa baik tuan utk pautkan blog sy di blog list tuan,
melayublues.blogspot.com

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.