Saturday, February 2, 2013


Menarik dari AIDC..
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata terdapat beberapa misteri di sebalik tindakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke melamar anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.
Tunku Zain Al-Abidin yang lebih dikenali Tunku Abidin Muhriz didakwa ditawarkan menjadi calon dan dijanjikan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan atas tiket DAP.
“Seperti yang saya katakan, bayangkan situasi di mana bapa adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan anak pula adalah seorang Menteri Besar, yang juga merupakan ahli DAP.
“Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan jelas menimbulkan banyak persoalan di minda,” katanya dalam sidang media semalam.
Anthony Loke dan Tunku Abidin mengesahkan tentang pertemuan mereka itu tetapi menyalahkan Tunku Aziz kerana mendedahkan perkara yang disifatkannya sebagai privasi.
Menurut Tunku Aziz menjawab dakwaan melanggar hak privasi hanyalah satu taktik untuk mengalih isu sebenar yang yang sedang berlaku.
“Saya telah memegang beberapa kedudukan penting bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Saya adalah seorang yang melindungi privasi dan kerahsiaan namun bagi kes seperti ini, ia adalah suatu perkara yang amat penting kepada keselamatan negara.”
Menurutnya lagi tindakan DAP itu mempunyai agenda tersembunyi yang mencabar perlembagaan Malaysia tentang kedudukan raja-raja Melayu.
“Saya mendapati amat sukar untuk membayangkan situasi seperti ini mampu meletuskan krisis terhadap perlembagaan.
“Orang Melayu di peringkat negeri dan orang Melayu diseluruh Malaysia akan bertengkar dan berpecah mengenai isu ini.”
Menurutnya, setelah Tunku Abidin menolak tawaran pertama, DAP menawarkan lagi bertanding di kerusi Parlimen di mana perbuatan Anthony Loke itu adalah melanggar etika parti dan kepentingan negara.
“Tawaran yang dibuat DAP kepada Tunku Abidin bukan sahaja melibatkan kepentingan awam, tetapi juga kepentingan negara.
“Inisiatif Loke untuk membuat tawaran demi tawaran kepada Tunku Abidin itu tidak mungkin dibuat sekiranya tidak mendapat kebenaran (veteran DAP) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal.”
Menurutnya perkara tersebut diperkuatkan lagi dengan keadaan di mana sehingga kini, Anthony Loke yang juga ahli Parlimen Rasah itu tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin oleh parti sedangkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy yang pernah dikenakan pertuduhan sama telah dikenakan tindakan.
“Walaupun perkara ini telah menjadi buah mulut masyarakat, Loke masih terlepas daripada sebarang tindakan disiplin.
“Sebaliknya, ketika Prof Ramasamy dituduh menawarkan slot menjadi calon kepada beberapa individu, beliau digelar ‘War Lord’. Beliau telah diheret mengadap jawatankuasa disiplin parti. Ini jelas ‘double-standard.”
Kenapa DAP berusaha dan bersungguh-sungguh memancing Tunku Abidin ? Kenapa bukan anak raja yang lain ? Untuk mendapatkan jawapannya, sila baca di sinisinisini dan sini



0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.